Saturday 3 August 2013

SK PAMOL

Daerah: Beluran
Kategori: Sekolah Pedalaman
Alamat: PETI SURAT 225, 90108 BELURAN, SABAH
No. Telefon: 089-515575
No. Faks: 089515575
Bekalan Elektrik: Solar
Bekalan Air: Pengurusan Ladang Pamol
Jalan: Jalan raya / Sungai / Kereta / Bot
Guru Besar: GABRIEL BIN SUNDANG (2013)
Laman Web:http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Pamol

Lokasi: http://wikimapia.org/#lang=en&lat=6.016117&lon=117.483244&z=14&m=b&show=/28024744/

Logo:


Gambar-Gambar Sekolah:

SK Pulau Timbang

 


Daerah: Sandakan

Kategori: Sekolah Pulau

Alamat: PEJABAT POS, WISMA PERSEKUTUAN WDT 102, 90500 SANDAKAN, SABAH

No. Telefon: Tiada

No. Faks: Tiada

Bekalan Elektrik: Solar

Bekalan Air: Tiada

Jalan: Laut/ Bot

Guru Besar: KAHAR BIN HJ.MURSIDEH (2013)

Laman Web:http://timbanghawai.blogspot.com/

Lokasi: http://wikimapia.org/#lang=en&lat=5.743993&lon=117.997499&z=17&m=b&show=/28019293/

Logo:

SKTIMBANG

Gambar-Gambar Sekolah:

Tuesday 21 May 2013

PELAN STRATEGIK ROMYSTAR COLLEGE (RMC)

 

PENGENALAN

Membuat keputusan adalah salah satu keperluan yang perlu ada kepada seseorang pemimpin sama ada ia adalah pemimpin organisasi berasaskan keuntungan atau berasaskan bukan keuntungan. Membuat keputusan adalah bertujuan untuk mencapai matlamat yang ingin, mahu dan akan dicapai. Seseorang pemimpin yang baik dapat mengenalpasti masalah, persekitarannya dan seterusnya membuat keputusan bagi mengawal keadaan, membuat keputusan agar permasalahan yang wujud dapat diminimakan dan diselesaikan dengan cara berhemah dan memastikan semua unsur-unsur yang wujud dapat dikawal (Er, 2012). Menurut Zimmerman (2012) Pemimpin yang aktif berfikir dan dapat membuat keputusan yang terbaik bagi sesebuah organisasi maka ia adalah menunjukkan bahawa pemimpin berkenaan telah membuat keputusan yang terbaik sebagai satu komponen utama membuat keputusan. Menurut Clark-Murphy (2010) pula seseorang pembuat keputusan masalah yang wujud antara pembuat keputusan dan aspek yang diputuskan adalah bersangkutan dengan Prestasi Organisasi, maklumat yang diperolehi, Noxity (Kemungkinan tidak menguntungkan) dan Eucity (Hasil menguntungkan), Masa, permintaan dan implikasi yang wujud selepas itu. RMC (RoMystar College) merupakan antara organisasi yang dimaksudkan oleh Clark-Murphy kerana RMC mempunyai Aspek petunjuk prestasi organisasi yang kurang mantap, didalamnya terdapat aspek Noxity (Kemungkinan tidak menguntungkan) daripada segi kos tetapi membentuk sumber manusia yang utama dan mempunyai potensi pula mendapat Eucity (Hasil Menguntungkan). Seseorang perunding perlu mempunyai kaedah yang sesuai untuk menentukan pembuat keputusan yang perlu dilakukan seseorang melakukannya secara cepat dan tepat dan bertindakbalas mengikut keadaan tertentu. Walau bagaimana pun, seorang pembuat keputusan perlu mengambilkira aspek tertentu seperti peraturan dan situasi yang dihadapi. Oleh itu, seseorang pembuat keputusan perlu mengambil masa yang banyak untuk menentukan persekitarannya dan ia juga perlu masa untuk berfikir dengan lebih mendalam terutamanya yang melibatkan situasi keadaan yang tidak pasti dan berisiko. Pemimpin yang membuat keputusan dengan maklumat yang disalahtafsir akan mengundang kepada pelanggaran peraturan, memutuskan harapan organisasi dan hasil yang tidak seperti yang dirancang dalam organisasi. Apabila ini berlaku, seorang pemimpin akan mengambil masa sekali lagi untuk membuat pembetulan dan merancang semula daripada mana ia telah melakukan kesilapan. Walaupun tindakan dan keputusan boleh diselaraskan semula tetapi ia tidak akan sama berbanding dengan keputusan asal (Zimmerman, 2012). Terdapat tiga keadaan dalam membuat keputusan iaitu (Taghavifard, 2009);

1. Certainly (Keadaan Kepastian)

2. Uncertainly (Keadaan Ketidakpastian)

3. Risk (Keadaan Risiko)

Dalam keadaan tertentu, membuat keputusan dalam keadaan kepastian adalah cara yang selalunya dibuat oleh seseorang pengurus, pemimpin dan pengurusan tertinggi. Manakala, membuat keputusan dalam keadaan ketidak pastian dan dalam keadaan risiko pula seringkali dibincangkan oleh penganalisis pembuat keputusan kerana seringkali kedua-dua keadaan ini memberikan implikasi dan masalah kepada pembuat keputusan (Taghavifard, 2009).

Beberapa keputusan boleh dibuat dalam keadaan kepastian. Dalam aspek ini, selalunya keputusan yang diambil adalah keputusan bersama dalam mesyuarat. Ia adalah untuk mengurangkan permasalah yang kemungkinan timbul selepas mesyuarat selesai. Apabila membuat keputusan dalam keadaan pasti, tidak ada istilah secara ad hoc setelah analisa telah dilakukan (Ule, 2009). Seseorang yang kurang atau tidak melibatkan emosi dalam membuat keputusan lebih rasional. Keputusan sebegini akan cuba meramal kesan jangka panjang dan jangka pendek. (Ohira, 2011). Oleh itu, pemimpin yang baik ialah seorang yang menggunakan perancangan strategik untuk menentukan sebarang tindakan yang akan dibuat (Shoemaker, 2010). Kemungkinan juga pengarah kolej boleh menggunakan SWOT Analisis dalam membuat keputusan. Antara isu yang dikemukakan ialah;

v Kolej yang sedang berkembang pesat tetapi prestasi menurun dan mengalami krisis dalaman yang perlu diselesaikan.

v Kolej yang berprestij dengan menawarkan program Diploma, Ijazah dan Lepasan Ijazah dan menumpukan bahagian kejuruteraan tetapi boleh menawarkan program baru.

v Memerlukan pengambilan pelajar yang baru dan boleh menawarkan perkhidmatan lain kepada pelajar

v Mempunyai kakitangan dan mempunyai peluang kerjaya dan kenaikkan pangkat yang jelas.

v Bergantung kepada Projek penyelidikan yang dibuat dan mengalami Kredibiliti pendapatan yang terjejas

PEMILIHAN ANALISIS SWOT

Perancangan strategik telah menjadi pendekatan yang praktikal untuk pengurusan organisasi dalam kebanyakan organisasi dalam era baru, apabila dunia telah menjalani perubahan utama sosial, perubahan politik, ekonomi, teknologi dan demografi. Seperti organisasi lain, dalam dunia yang cenderung kepada persaingan tinggi (Hyper Competative), sesebuah kolej atau universiti perlu untuk menganalisis persekitaran mereka kedua-duanya dalaman dan luaran untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka serta untuk mengoptimumkan mereka peluang dan mengurangkan ancaman kepada institusi mereka. (Hung, 2006). Oleh itu, SWOT analisis digunakan iaitu yang mengandungi Kekuatan (Strengths), Kelemahan (Weaknesses), Peluang (Opportunities), dan Ancaman (Threats) bagi membolehkan sesebuah organisasi melihat aspek luaran dan dalamannya dengan lebih menyeluruh dan seterusnya merancang pelan strategik yang bersesuaian.

SWOT ANALISIS RMC

Kekuatan (Strengths), Kelemahan (Weaknesses), Peluang (Opportunities), dan Ancaman (Threats) analisis adalah satu bentuk pemikiran strategik yang perlu dilaksanakan dalam Kolej RoMystar (RMC) agar ia mampu bersaing dengan lebih berkesan lagi. Melalui SWOT Analisis ini perancangan jangka panjang dan jangka pendek dapat dikenalpasti dan seterusnya melonjakkan Kolej RoMystar (RMC). SWOT Analisis iaitu memastikan ia mendapat maklumat tentang Kekuatan (Strengths), Kelemahan (Weaknesses), Peluang (Opportunities), dan Ancaman (Threats). Setelah membuat analisis SWOT, barulah ia akan memahami matlamat dan cara mencapai pencapaian yang baik dalam organisasinya. Pencapaian yang baik adalah berdasarkan matlamat yang jitu dan padu dan berdasarkan maklumat yang telah sedia ada diketahui. Perancangan jangka pendek dan jangka panjang juga boleh dibuat apabila semua aspek telah dilaksanakan melalui perancangan strategik (Tversky,1992).Membuat keputusan berisiko, seseorang pemimpin perlu mempunyai kekuatan dalam dirinya agar apa juga keputusan yang dihadapinya ia tidak akan terkejut dan menerima keadaan tersebut dengan tenang. Pemimpin jenis sebegini adalah pembuat keputusan tanpa penyesalan terhadap keputusan yang dilakukannya(Kahneman, 1979).

Pemilihan SWOT analisis adalah kerana ia adalah untuk melihat situasi dan mengenalpasti permasalahan yang terdapat bagi sesuatu organisasi kemudian melihat adakah ia mewakili pihak luar mahupun pihak dalam sahaja, merancang penyelesaian bagi jangkamasa panjang mahupun jangkamasa pendek. Apabila perancangan telah dibentuk maka pelaksanaannya dilihat sama ada ia akan berjaya atau sebaliknya serta menilainya kemudian. Setelah itu barulah hasil akhir dapat dilihat (Hayes, 1981). Bagi kes Kolej RoMystar (RMC) situasi yang berpadanan dengannya adalah seperti carta alir seperti berikut;

Bagi memastikan Kolej RoMystar (RMC) mencapai matlamat yang ditetapkan, maka jadual SWOT analisis perlu disediakan yang mana ia harus memaparkan Analisis SWOT bagi mengenalpasti permasalahan yang wujud. Ini adalah bagi membuat pemecahan sama ada bilangan faktor luaran atau faktor dalaman lebih banyak. Melalui jadual yang disertakan kita akan dapat melihat sama ada potensi peningkatan prestasi dapat dilaksanakan mahupun perlu strategik yang lain bagi meningkatkan prestasi. Melalui jadual Analisis SWOT tersebut, pemecahan atas kapasiti faktor dalaman dan luaran tersebut maka perancangan boleh dilaksanakan dan apakah program atau aktiviti yang boleh dijalankan oleh Kolej RoMystar (RMC). Setelah itu, Pelan Taktikal perlu dibuat agar semua aktiviti boleh dipecahkan kepada pelaksanaan sama ada jangka masa panjang mahupun jangka masa pendek. Malah pertanggungjawaban juga boleh dilihat melalui Pelan Taktikal. Berikut adalah jadual yang perlu dilaksanakan;

ANALISIS SWOT

Kekuatan (S)

Kelemahan (W)

S1

Kolej RoMystar (RMC) adalah kolej yang sedang berkembang pesat.

W1

Prestasi Kolej RoMystar (RMC) menurun beberapa waktu ini dan memerlukan ia melihat semua pengurusannya.

S2

Kolej RoMystar (RMC) adalah kolej yang berprestij

   

S3

Kolej RoMystar (RMC) menawarkan program Diploma, Ijazah dan Lepasan Ijazah

   

S4

Kolej RoMystar (RMC) menumpukan bahagian kejuruteraan

   

Peluang (O)

Ancaman (T)

O1

Kolej RoMystar (RMC) memerlukan pengambilan pelajar yang baru

T1

Kolej RoMystar (RMC) mengalami Kredibiliti pendapatan yang terjejas

O2

Kolej RoMystar (RMC) boleh menawarkan program baru

T2

Kolej RoMystar (RMC) mengalami krisis dalaman yang perlu diselesaikan.

O3

Kolej RoMystar (RMC) menawarkan perkhidmatan lain kepada pelajar

   

O4

Kolej RoMystar (RMC) mempunyai kakitangan sedia ada

   

O5

Kolej RoMystar (RMC) mempunyai peluang kerjaya dan kenaikkan pangkat yang jelas

   

O6

Kolej RoMystar (RMC) bergantung kepada Projek penyelidikan yang dibuat.

   

ANALISIS SWOT BERDASARKAN FAKTOR DALAMAN ATAU LUARAN

Kekuatan (S)

Kelemahan (W)

Faktor Dalaman

Faktor Luaran

Faktor Dalaman

Faktor Luaran

S3, S4

S1,S2

W1

 

Peluang (O)

Ancaman (T)

Faktor Dalaman

Faktor Luaran

Faktor Dalaman

Faktor Luaran

O2, O3, O4, O5, O6

O1, O3

T1, T2

 

ANALISIS SWOT SILANG

 

S - KEKUATAN

S1 - Kolej RoMystar (RMC) adalah kolej yang sedang berkembang pesat.

S2 - Kolej RoMystar (RMC) adalah kolej yang berprestij

S3 - Kolej RoMystar (RMC) menawarkan program Diploma, Ijazah dan Lepasan Ijazah

S4 – Kolej RoMystar (RMC) menumpukan bahagian kejuruteraan

W – KELEMAHAN

W1 - Prestasi Kolej RoMystar (RMC) menurun beberapa waktu ini dan memerlukan ia melihat semua pengurusannya.

O – PELUANG

O1 - Kolej RoMystar (RMC) memerlukan pengambilan pelajar yang baru

O2 - Kolej RoMystar (RMC) boleh menawarkan program baru

O3 - Kolej RoMystar (RMC) menawarkan perkhidmatan lain kepada pelajar

O4 - Kolej RoMystar (RMC) mempunyai kakitangan sedia ada

O5 - Kolej RoMystar (RMC) mempunyai peluang kerjaya dan kenaikkan pangkat yang jelas

O6 - Kolej RoMystar (RMC) bergantung kepada Projek penyelidikan yang dibuat.

SO - KEKUATAN & PELUANG

v Pengambilan pelajar baru yang ramai (S1,O1)

v Pengiklanan dan promosi (S1,S2,O1,O2)

v Program Diploma, Ijazah dan Lepasan Ijazah dalam bidang baru tetapi sains aliran berbeza kepada pelajar baru (S3, S4, O2, O1)

v Pengagihan kakitangan mengikut kepakaran dan kelayakkan (S3, O4)

v Peluang kenaikkan pangkat mengikut kelayakkan dan kepakaran (S3, O5)

v Menyediakan perkhidmatan Research Assistant kepada pelajar (S3, O3, S4)

v Projek penyelidikan Kejuruteraan (S4, O6)

v Tahap Penyelidikan baru dan berbeza (S3, O2)

v Program berdasarkan Projek Penyelidikan (O6, S3)

WO – PELUANG DAN KELEMAHAN

· Meningkatkan prestasi Kolej (W1, O1, O2)

· Membuat promosi dan peluang tajaan kepada pelajar (W1, O1,O3)

T – ANCAMAN

T1 - Kolej RoMystar (RMC) mengalami Kredibiliti pendapatan yang terjejas

T2 - Kolej RoMystar (RMC) mengalami krisis dalaman yang perlu diselesaikan.

ST – KEKUATAN DAN ANCAMAN

· Meningkatkan pendapatan dan kredibiliti sebagai sebuah kolej yang berprestij (T1,S2)

WT – KELEMAHAN DAN ANCAMAN

· Penstrukturan baru pengurusan.

PELAN TAKTIKAL

Aktiviti / Program

Tanggungjawab

Tempoh

Kos/Sumber

Indikator Prestasi

Pelan Kontigensi

v Pengambilan Pelajar Baru

o Program Diploma

o Program Ijazah

o Program Lepasan Ijazah

o Aliran baru

Pejabat Pendaftar

Jangkamasa pendek

Ramai

v Membuat Promosi dan pengiklanan di dalam media massa mahupun elektronik.

o Peluang meningkatkan pengajian Diploma ke Ijazah

o Peluang meningkatkan pengajian Ijazah ke Lepasan Ijazah

Pejabat Pendaftar

Jangkamasa pendek

Peningkatan prestasi, reputasi dan pendaftaran pelajar yang ramai

v Memastikan setiap pelajar melakukan Projek Penyelidikan dan keutamaan kepada bahagia Kejuruteraan

o Penyelidikan Baru dan berbeza setiap tahun

o Setiap Program perlu menyediakan Projek Penyelidikan

Fakulti / Jabatan

Jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang

Ramai yang mampu melakukannya

v Meningkatkan pendapatan Kolej dan seterusnya meningkatkan kredibiliti kolej.

o Meningkatkan kepakaran pensyarah dan kakitangan

o Pengagihan Jabatan/Fakulti berdasarkan kelayakkan dan kepakaran pensyarah dan kakitangan

Fakulti / Jabatan

Jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang

Peningkatan akademik pensyarah dan kepakaran pensyarah

v Menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan pelajar

o Perkhidmatan Research Assistant bagi pelajar Ijazah dan Lepasan Ijazah.

§ RA Diploma kepada Ijazah

§ RA Ijazah kepada Lepasan Ijazah

Hal Ehwal Murid

Jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang

Kemampuan pelajar menampung pengajian secara imbalbalik

v Penstrukturan semula Pengurusan

o Peluang kenaikkan pangkat mengikut kelayakkan dan kepakaran

o Peluang kenaikkan pangkat mengikut prestasi kerja

o Pengagihan kakitangan berdasarkan bilangan pelajar dan pendapatan.

Bahagian Pengurusan Tertinggi

Jangkamasa Panjang

Prestasi, Pendapatan dan Kredibiliti meningkat tinggi

PELAN OPERASI

LANGKAH

PROSES ALIR KERJA

TANGGUNGJAWAB

TEMPOH

STATUS

v Pelan Operasi dikosongkan kerana ia hanya sebagai panduan kepada Pengurusan Kolej RoMystar (RMC).


JUSTIFIKASI

Melalui analisis SWOT yang diterangkan di atas, didapati Kolej RoMystar (RMC) mmepunyai peluang yang besar untuk meningkatkan prestasi dan kredibiliti serta seterusnya menjadikan Kolej RoMystar (RMC) mempunyai daya saing yang hebat dalam bidang pengajian kejuruteraan. Berdasarkan jadual yang disertakan, didapati Kolej RoMystar (RMC) mempunyai kekuatan dan peluang yang lebih banyak berbanding kelemahan dan ancaman yang dihadapinya. Bagi mengelakkan situasi berkembang menjadi permasalahan besar, kelemahan dan ancaman perlu dijadikan satu strategi yang lebih berkesan. Melalui analisis SWOT yang dilakukan di atas, maka Pelan Strategik boleh dilaksanakan berdasarkan dua Pelan yang dilaksanakan iaitu Pelan Taktikal dan Pelan Operasi. Penerangan ini hanya lebih kepada cadangan Pelan Taktikal manakala Pelan Operasi perlulah dilaksanakan oleh Kolej RoMystar (RMC) sendiri berdasarkan penerangan yang dikemukakan oleh Lerner (1999) iaitu;

With time, people in the organisation routinely make their decisions within the framework of the organization’s strategik vision and mission. Strategik planning becomes an organizational norm, deeply embedded within the organization’s decision-making process, and participants learn to think strategikally as part of their regular daily activities (Lerner, 1999).

Kerangka Visi, Misi dan strategi organisasi hanya Kolej RoMystar (RMC) sahaja yang mengetahui cara pelaksanaannya. Disebabkan itulah Pelan Operasi diletakkan dalam keadaan kosong pada bagian pengisiannya. Walau bagaimanapun, Pelan operasi yang dikemukakan perlulah menuruti Pelan Taktikal yang dicadangkan dan sebarang penambahan adalah dialu-alukan tanpa mengubah maksud asal pelan taktikal dan pelan strategik yang dicadangkan. Ini adalah bagi memastikan kakitangan Kolej RoMystar (RMC) sudah terbiasa dengan pelan strategik yang disediakan dan mampu melaksanakannya berdasarkan kemampuan organisasi secara terancang.

Selain itu, Rowley (1997) juga telah menerangkan bahawa organisasi tersebut jugalah yang mempunyai kaedah dan alternatif dalam menjalankan pelan operasi.

Strategik thinking involves “arraying options through a process of opening up institutional thinking to a range of alternatives and decisions that identify the best fit between the institution, its resources, and the environment” (Rowley, Lujan, & Dolence, 1997, p. 15).

Malah dalam membuat pelan operasi, organisasi tersebut mempunyai keputusan yang boleh dilaksanakan atau melakukan sedikit perubahan bagi memastikan ia boleh dilaksanakan. Dan keputusan yang diputuskan tersebut adalah keputusan yang telah mengambilkira perkara-perkara dalam membuat keputusan iaitu sama ada ia bersifat Pasti, Tidak pasti dan berisiko. Sebagai pemimpin organisasi, pengurusan tertinggi haruslah melihat membuat keputusan ini adalah sesuatu yang amat penting sekali. Keputusan yang dibuat haruslah melihat kepada sumber, peluang dan keadaan semasa yang ada tanpa mengabaikan pelan strategik yang disertakan.

KEPUTUSAN ANALISIS SWOT

Berdasarkan pengamatan didapati Kolej RoMystar (RMC) mempunyai banyak kekuatan berbanding kelemahan. Oleh itu, Pelan strategik yang dicadangkan berdasarkan kekuatan dan kelemahan ialah;

Kekuatan;

• Pengambilan pelajar baru yang ramai

• Pengiklanan dan promosi

• Program Diploma, Ijazah dan Lepasan Ijazah dalam bidang baru tetapi sains aliran berbeza kepada pelajar baru

• Pengagihan kakitangan mengikut kepakaran dan kelayakkan

• Peluang kenaikkan pangkat mengikut kelayakkan dan kepakaran

• Menyediakan perkhidmatan Research Assistant kepada pelajar

• Projek penyelidikan Kejuruteraan

• Tahap Penyelidikan baru dan berbeza

• Program berdasarkan Projek Penyelidikan

• Meningkatkan pendapatan dan kredibiliti sebagai sebuah kolej yang berprestij

Kelemahan

• Meningkatkan prestasi Kolej

• Membuat promosi dan peluang tajaan kepada pelajar

• Penstrukturan baru pengurusan.

Sebagai sebuah kolej yang berprestij dan berkredibiliti maka Kolej RoMystar (RMC) harus menjadikan kelemahan yang ada untuk menjadikannya sebagai peluang dan strategik untuk memantapkan organisasi. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah aspek pengurusan dan pengambilan pelajar. Perubahan pengurusan boleh dilakukan dengan cara berhemah berdasarkan cadangan Pelan Taktikal yang disertakan. Perubahan Pengurusan ini tidak akan menjadi isu besar sekiranya pelan taktikal dilaksanakan secara terperingkat dan secara berhemah dengan penjelasan yang lebih lanjut dalam pelan operasi. Sebagai contoh, bagi mengelakkan kakitangan memberontak kerana pengubahan pengurusan dan gerakkerja, pengurusan tertinggi boleh memberikan justifikasi kenaikkan pangkat dan gaji kepada kakitangan sebagai justifikasi perubahan pengurusan dan kedudukan. Perubahan sebegini tidak terasa disebabkan ia melibatkan kepakaran dan kelayakkan dan ada imbuhan yang jarang ditolak oleh kakitangan. Contoh lain ialah, perubahan organisasi tersebut juga berlaku di Malaysia seperti Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu seseorang guru atau polis atau tentera boleh dipindahkan kerana kenaikkan pangkat atau gred. Perubahan tersebut tidak terasa oleh guru, polis atau tentera kerana ia melibatkan kenaikkan gred, gaji dan pangkat. Oleh itu, Kolej RoMystar (RMC) mempunyai potensi melakukan perubahan dalam organisasi dan seterusnya meningkatkan pendapatan dengan perubahan berdasarkan pelajar yang mendaftar dan yuran yang dikenakan.

Sebagai sebuah kolej, pendapatan Kolej RoMystar (RMC) adalah berdasarkan yuran dan perkhidmatan lain yang disediakan kepada pelajar. Bilangan pelajar yang ramai dan mempunyai kemampuan untuk membayar yuran adalah amat penting sekali bagi memastikan Kolej RoMystar (RMC) dapat bertahan dan cemerlang dalam organisasi. Oleh itu, Bilangan pelajar perlu ditambah dari masa ke semasa. Bilangan pelajar hanya boleh bertambah sekiranya kursus atau program baru diwujudkan dan mempunyai potensi pasaran. Potensi pasaran pula perlu melihat kepada tahap pendidikan seseorang pelajar. Pelajar Diploma adalah kurang menyerlah berbanding ijazah manakala tahap tertinggi iaitu lepasan ijazah adalah lebih baik berbanding ijazah dan diploma. Peningkatan Diploma ke Ijazah dan seterusnya ke Lepasan Ijazah boleh mengekalkan pelajar berkenaan agar terus bersama Kolej RoMystar (RMC) dan menjadikan pelajar baru sebagai penambahan bilangan. Bagi memastikan pelajar mampu membayar yuran dan tidak hanya bergantung kepada pendapatan ibubapa/biasiswa dan pinjaman, maka Pembantu Penyelidik bagi sijil tertinggi amat membantu pelajar untuk membayar yuran dan terus kekal berada di Kolej RoMystar (RMC). Kelangsungan ini amat penting sekali pada Kolej RoMystar (RMC) agar ia mendapat pendapatan yang berkekalan. Bagi memastikan itu, Projek Penyelidikan haruslah wajib dilaksanakan oleh setiap pelajar ijazah dan ke atas dan perlu perubahan dari masa ke semasa dan berpanjangan. Melalui kaedah ini, pelajar secara langsung mampu kekal berada di Kolej RoMystar (RMC) sehingga mendapat Lepasan Ijazah dan ini meningkatkan tahap pendidikan pelajar serta menjadi punca promosi secara langsung yang dihebahkan oleh pelajar itu sendiri. Secara keseluruhannya, prestasi dan kredibiliti Kolej RoMystar (RMC) boleh meningkat secara sendirinya dan terus kekal dan cemerlang.

KESIMPULAN

Perancangan strategik telah menjadi pendekatan yang praktikal untuk pengurusan organisasi.

Adanya perancangan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi ini ia dijangka membolehkan Kolej RoMystar (RMC) kekal berprestasi dan mampu bersaing dengan lebih pesat lagi. Walau bagaimana pun, pengurusan tertinggi perlu melakukan keputusan yang paling tepat sekali dalam menganalisis keputusan yang dicadangkan. Membuat keputusan berdasarkan kepastian, tanpa pasti dan berisiko adalah jalan keluar kepada permasalahan yang wujud. Tidak ada jalan mudah bagi menjadikan Kolej RoMystar (RMC) sebagai kolej yang berprestij kerana ia juga melibatkan perubahan organisasi. Melalui penerangan yang dinyatakn diatas, Kolej RoMystar (RMC) mempunyai banyak peluang dan kekuatan untuk kekal berprestasi tinggi dan cemerlang sekiranya aspek-aspek yang ada digunakan sepenuhnya dan dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat. Perunding telah menyertakan jadual SWOT Analisis bagi menjelaskan dengan lebih dekat lagi aspek-aspek yang dikenalpasti dan memberikan Analisis Silang bagi memberi cadangan dan pandangan program/aktiviti yang boleh dilaksanakan dan cadangan dan pandangan ini dihuraikan di dalam Pelan taktikal bagi menjelaskan kaedah yang dilaksanakan dan pertanggungjawaban yang diguna pakai serta petunjuk prestasi agar Kolej RoMystar (RMC) tidak lari daripada landasan. Berada dalam landasan yang betul adalah penting terutamanya dalam merancang pelan operasi.

Secara kesimpulan keseluruhannya, Pelan strategik yang dicadangkan hanya boleh dilaksanakan apabila semua pihak berfungsi secara teratur dan mengikut pelan yang dicadangkan. Pencapaian prestasi Kolej RoMystar (RMC) dapat dilihat apabila semua perkara telah digunapakai. Dan dengan itu juga, boleh dikatakan Kolej RoMystar (RMC) tidaklah mempunyai banyak masalah dan ianya boleh diatasi. Kecuali wujud permasalahan baru yang tidak pasti dan berisiko maka kaedah lain boleh digunapakai dalam memastikan Kolej RoMystar (RMC) kekal berprestasi tinggi dan kekal cemerlang.

 

Rujukan

Avsec, A.(2012).Do Emotionally Intelligent Individuals Use More Adaptive Decision-Making Styles?.Studia Psychologica, 54(3) 209-220.

Clark-Murphy, D. (2010). Do Interactive Theories Really Explain Public Sector Managerial Decision-Making?. Asian Social Science, 6(3), P17.

Er, F., & Lezki, S. (2012). The Usage of Influence Diagram for Decision Making in Textiles. Asian Social Science, 8(11), 163-169. (OUM Digital Library).

Hayes, J. R. (1981). The complete problem solver. Philadelphia: The Franklin Institute Press.

Hung, L. N. Q. (2006) Using SWOT Analysis To Understand The Institutional Environments: A Guide For Can Tho University.

Kahneman, D., & Tversky, A. (1979). Prospect theory: An analysis of decision under risk. Econometrica: Journal of the Econometric Society, 263-291.

Lerner, A. L. (1999). Strategik Planning Essays. Unpublished manuscript. California State University, Northridge.

Ohira, H. (2011). Beneficial Roles of Emotion in Decision Making: Functional Association of Brain and Body. Psihologijske teme, 20(3), 381-392. (OUM Digital Library).

Rowley, D. J., H. D. Lujan, and M. G. Dolence. (1997) Strategik Change in Colleges and Universities: Planning to Survive and Prosper. San Francisco: Jossey-Bass.

Shoemaker, L. K., Kazley, A. S., & White, A. (2010). Making the case for evidence-based design in healthcare: a descriptive case study of organizational decision making. Health Environ Res Des, 4(2), 7-16.

Taghavifard, M. T., Damghani, K. K., & Moghaddam, R. T. (2009). Decision Making Under Uncertain and Risky Situations.

Tversky, A., & Kahneman, D. (1992). Advances in prospect theory: Cumulative representation of uncertainty. Journal of Risk and uncertainty, 5(4), 297-323.

Ule, A. (2009). Collective Decision Making as the Actualization of Decision Potential. Interdisciplinary Description of Complex Systems, 7(2), 90-105.

Zimmerman, T. (2012). Wildland Fire Management Decision Making. Journal of Agricultural Science & Technology, 2 (2b), p169-178. (OUM Digital Library).

 

Tulisan: Mazuin Mustapa

PROFESSIONAL ETHICS

Tiga faktor yang membentuk etika individu. Melalui pengalaman anda, nilaikan faktor-faktor yang mempengaruhi etika individu dan bincangkan bagaimana kedaulatan undang-undang boleh digunakan sebagai panduan untuk membuat pilihan moral.

 

PENGENALAN

Webster's Collegiate Dictionary mentakrifkan "etika" sebagai "disiplin berurusan dengan apa yang baik dan buruk dan dengan kewajipan moral dan kewajipan. satu set prinsip-prinsip moral atau nilai atau teori atau sistem nilai-nilai moral" (Svensson, C. ,2006). Etika membantu individu dalam menentukan apabila sesuatu perbuatan moral atau tidak bermoral, betul atau salah. Manakala Cooper (2006) pula menyatakan bahawa Etika boleh digambarkan sebagai yang berdasarkan prinsip seperti kejujuran, keadilan dan orang awam. Faedah dan implikasi mereka bagi tingkah laku dalam situasi tertentu. Oleh itu, takrifan bagi etika ialah tingkah laku individu sama ada kejujuran, keadilan dan kewajipan yang boleh diterima akhlak sama ada ianya betul atau salah (Bavec, 2012).

Dalam Modul OUM (2011), ditakrifkan bahawa terdapat lima faktor yang membentuk etika individu iaitu;

· Pengaruh keluarga (Family Influence)

· Pengaruh Rakan (Peer Influence)

· Pengalaman Hidup (Life Experince)

· Nilai Peribadi dan Prinsip Moral (Personal values and Morals)

· Faktor Situasi (Situational Factors)

Faktor pembentukkan etika individu lebih kepada Pengaruh keluarga, pengaruh rakan dan pengalaman hidup (Leatherdale, 2006). Penerangan ini akan menjurus kepada mekanisme yang paling berkesan untuk menggalakkan kelakuan beretika yang sesuai (Maine, 2012). Terlalu banyak pengalaman boleh diambilkira terutamanya pengalaman mengajar di sekolah yang mana pelajar mengamalkan etika, moral dan dalam masa yang sama apabila etika dilanggar bersama dengan nilai moral yang diterapkan maka keperluan undang-undang diperlukan dalam menangani pemilihan moral dan etika tersebut.

PENGARUH KELUARGA

Sebagai seorang guru di sebuah sekolah, saya mengalami beberapa situasi pelanggaran etika yang mana ia dipengaruhi oleh keluarga sama ada ibu, bapa, abang, kakak, adik, sepupu, pakcik atau makcik dan saudara terdekat. Keluarga adalah yang paling dekat dengan seseorang pelajar dan ia banyak mempengaruhi tingkah laku dan etika yang diamalkan oleh seseorang pelajar dan kadangkala situasi tidak beretika berlaku di sekolah antaranya;

· Merokok

· Tidur semasa belajar

· Ketika berada di kantin

· Ketika bertutur bersama rakan dan guru atau orang yang lebih tua.

Keadaan tidak beretika ini menyebabkan pelajar ini didenda dan dikenakan amaran dan hukuman berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Penerangan saya kali ini akan menjurus kepada pengalaman saya berdasarkan situasi tidak beretika di kalangan pelajar disekolah, perbicaraan saya akan menjurus kepada aspek-aspek berikut;

· Merokok

· Menonton Televisyen

· Etika di Kantin

· Etika bersama orang Tua.

Pelajar seringkali mencontohi atau mengikut etika ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Jika apa yang berlaku dirumah atau ahli keluarga pelajar berkenaan adalah seorang yang beretika maka ia akan beretika dan begitu juga sebaliknya.

Merokok

Merokok adalah dilarang sama sekali disekolah sama ada pelajar mahupun guru. Sekolah telah diistiharkan sebagai kawasan larangan merokok. Tetapi ramai juga pelajar yang masih merokok di kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah, berhampiran tangki air, tandas dan belakang dewan. Beberapa pelajar telah didapati merokok di kawasan sekolah. Sebagai seorang guru dan Guru Disiplin, kes merokok bagi kali pertama adalah denda dan kali kedua barulah rotan sebanyak dua kali. Apabila ditanya kepada pelajar punca-punca kegiatan merokok ini berlaku, selalunya tidak ada respon menunjukkan bahawa keluarga yang menggalakkan malah keluarga juga melarang. Tetapi apabila ditanyakan tentang siapa yang merokok di rumah, barulah diketahui bahawa merokok ini berlaku atas sebab terikut tabiat yag berlaku dirumah seperti bapa dan abang pelajar yang merokok dan mereka secara sembunyi juga mengambil rokok tersebut tanpa kebenaran dan hanya melakukannya di luar rumah kerana takut dikesan oleh ahli keluarga yang lain.

Dalam satu kes disekolah, terdapat seorang pelajar yang boleh merokok sebanyak satu kotak sehari tanpa diketahui oleh ahli kelurganya sedangkan para guru boleh mengenalpasti pelajar yang merokok sama ada melalui nafasnya, bibir dan gusi pelajar berkenaan. Tetapi seolah-olah ahli kelurga tidak mengetahui tentang perkara ini mahupun sama ada berpura-pura tidak mengetahui kerana ingin menyembunyikan situasi dirumah yang mana bapa atau ahli kelurga lain merokok di hadapan pelajar tanpa mengetahui kesannya. Pengaruh dari rumah ini telah dibawa ke sekolah dan ia berpendapat bahawa merokok adalah tidak salah kerana ahli kelurganya pun merokok.

Menonton Televisyen

Menonton Televisyen adalah satu perkara yang tidak menyalahi undang-undang dan tidak juga menyalahi etika. Tetapi sebagai seorang pelajar, menonton televisyen sehingga larut malam dan tanpa pengawasan ialah boleh memudaratkan dan mewujudkan satu keadaan yang tidak beretika ketika berada di sekolah. Antara faktornya ialah kawalan ahli keluarga dan juga pengurusan masa di rumah. Tidak ada dalam sistem berkeluarga larangan tidak boleh menonton televisyen tetapi ia menjadi tidak beretika apabila guru yang mengajar di hadapan tidak diendahkan malahan pelajar tidur di dalam kelas dan enggan menyiapkan tugasan selain tidak menyiapkan tugasan yang diminta disiapkan dirumah (kerja rumah). Etika belajar itu telah tidak ada lagi kerana pelajar sebegini mengantuk semasa di dalam kelas kerana menonton televisyen lewat larut malam dan adakalanya sehingga ke pagi terutama apabila pada bulan-bulan ‘Euro Cup’ mahupun ‘World Cup’. Tidur di dalam kelas atau semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung adalah sesuatu yang tidak beretika apatah lagi apabila kerja rumah yang diminta disiapkan tidak disiapkan kerana asyik menonton televisyen. Sebagai seorang guru, pelajar sebegini akan diberi amaran mahupun didenda.

Etika di Kantin

Adab makan dirumah bersama keluarga adalah penting dalam membentuk etika makan dimana sahaja. Sekiranya ahli kelurga tidak mengamalkan adab makan maka beberapa perkara akan berlaku dan dianggap tidak beretika. Antara adab makan yang dipengaruhi oleh seseorang pelajar di rumah ialah bercakap sambil makan, tidak membersihkan sisa-sisa makanan, meletakkan sisa makanan dan sampah secara bersepah dan bungkusan makanan dibiarkan bersepah dan makan dan minum sambil berdiri. Apabila ini berlaku di rumah dan tidak ada siapa melakukan larangan dan kawalan, maka tabiat ini dilakukan disekolah dan kelihatan etika makan dikantin sekolah sewenang-wenangnya dilanggar oleh pelajar. Antaranya makan dan minum sambil berjalan, berebut-rebut ketika membeli makanan, mewah membeli tetapi tidak dihabiskan, meninggalkan sisa makanan di atas meja kantin, berbual sambil makan sehinggakan makan bersembur-sembur, membuang sampah merata-rata atau meninggalkan sisa makanan di bawah meja makan. Bagi pelajar yang dibentuk daripada rumah, didapati pelajar ini akan beratur, makan secara sopan dan tidak bercakap atau berjalan semasa makan. Pembentukkan peribadi sebegini dapat dilihat melalui contoh teladan daripada rumah.

Adab Bertutur Dengan Orang Lebih Tua

Ibu bapa perlu menekankan aspek penghormatan kepada orang yang lebih tua bagi anak-anak mereka, sekiranya ini tidak berlaku dan apabila anak-anak boleh menyampuk perbualan ibubapa atau orang lebih tua dan tidak ada kawalan dilakukan atau tegahan oleh ibubapa, maka tidak hairanlah sekiranya pengaruh itu dibawa ke sekolah dan diamalkan tanpa disedari. Ada pelajar secara semulajadinya menyampuk atau bermain bersama rakan semasa guru sedang mengjara dihadapan kerana ia tidak melihat bahawa tindakan sedemikian adalah salah kerana amalan yang sering diamalkan dirumah. Adab masuk kerumah dan memberi salam juga seringkali diabaikan. Oleh kerana itu ada beberapa pelajar yang masuk ke kelas walaupun lambat tetapi masuk tanpa etika iaitu, masuk tanpa meminta izin, tidak memberikan salam dan seperti tidak menghormati guru yang sedang mengajar dihadapan.

PENGARUH RAKAN

Pengaruh rakan terutamanya rakan sebaya adalah faktor yang seringkali mendominan seseorang. Individu itu akan rasa kesunyian apabila tidak mempunyai rakan dan ia akan cuba mencari rakan. Melalui inilah sama ada ia akan terikut-ikut rakan-rakan yang beretika mahupun tidak beretika. Antara beberapa contoh perlakuan tidak beretika yang disebabkan oleh rakan ialah;

· Ponteng Sekolah

· Bermain semasa belajar

· Menipu

· Menyahut cabaran

Pengaruh rakan inilah yang banyak menjerumuskan pelajar disekolah agar melakukan perkara tidak beretika. Malah ada yang sanggup berbohong dengan ibu bapa semata-mata inginkan rakan yang ramai yang sama-sama melakukan perkara tidak beretika.

Ponteng Sekolah

Ponteng sekolah adalah perilaku tidak beretika yang seringkali dilakukan oleh pelajar disekolah tempat saya mengajar. Antara sebab ponteng ini adalah kerana pengaruh rakan sekolah yang turut sama ponteng dan tidak hadir ke sekolah. Apabila sekolah menghubungi ibu bapa pelajar memaklumkan anak mereka tidak bersekolah, ibu bapa pelajar menyatakan bahawa anaknya telah pergi ke sekolah. Tetapi atas desakan dan pengaruh rakan-rakan sekolahnya ia tidak sampai di sekolah. Pelajar dan rakannya akan berada di kafe siber, dipekan berhampiran, dibelakang dewan masyarakat, dan beberapa tempat yang seringkali dikunjungi oleh pelajar bersama-sama rakan sekolahnya.

Bermain

Bermain adalah satu aktiviti yang dibenarkan dan tidak ada pelanggaran etika sekiranya digunakan secara betul. Mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah, bermain adalah proses pembelajaran yang baik, tetapi apabila menerima pengaruh rakan, seringkali bermain ini menjurus kepada perkara tidak beretika. Antaranya yang seringkali berlaku disekolah ialah mengotorkan baju rakan lain, bermain secara kasar sehingga mengakibatkan pergaduhan, bermain baling-baling sehingga menyebabkan kecederaan, bermain mercun, bermain kejar-mengejar di dalam kelas sehingga menimbulkan suasana bising dan bermain perkara yang tidak berfaedah. Setiap permainan ada peraturannya, tetapi permainan tanpa peraturan adalah tidak beretika dan boleh mengundang kecelakaan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang bermain-main berlari-lari dikelas kerana main kejar-kejar (polis sentry) oleh kerana tidak ada guru kerana dalam masa senggang, pelajar berlari merentasi meja dengan cara melompat antara satu meja ke meja yang lain, dan tiba-tiba meja tersebut tergelincir dan menyebabkannya jatuh serta luka dikepala kerana terhantuk pada bucu kerusi yang tajam. Kecederaan berlaku dan ia telah menyebabkan guru menjadi cemas dan serba salah kerana kecederaan berlaku semasa dalam perjalanan guru tersebut ke kelas. Kecederaan tidak boleh dielak kerana tiada tanda amaran boleh dilakukan hanya kerana pengaruh rakan.

Menipu

Ramai pelajar sanggup menipu guru, ibu bapa dan ahli kelurga lain kerana rakan atau kawan baiknya. Semata-mata mahu menyelamatkan atau mengelakkan rakannya didenda. Ramai pelajar menipu semata-mata takut hilang kawan karib walaupun perbuatan tersebut adalah salah. Sebagai contoh ialah membawa telefon kesekolah, pelajar tersebut mengetahui rakannya membawa telefon bimbit tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan gurunya walaupun ia adalah seorang pengawas sekolah atau ketua kelas. Kerana takut dipulaukan, ia membiarkan sahaja dan ada pula pengawas sekolah menjadi pelindung kepada rakannya dengan tidak memeriksa beg rakannya dengan jujur atau menyimpan telefon rakannya sebagai langkah keselamatan sekiranya ada pemeriksaan. Terdapat beberapa kes pengawas sekolah terpaksa dipecat semata-mata kerana menyembunyikan telefon bimbit rakannya demi menyelamatkan rakannya daripada didenda oleh guru, guru disiplin, pentadbir dan sekolah.

Menyahut Cabaran

Menyahut cabaran rakan sebaya dan kawan baik adalah pengaruh daripada rakan yang mengundang beberapa permasalahan di sekolah dan mewujudkan situasi tidak beretika seseorang pelajar. Antara contohnya ialah merokok, mencuri, mencederakan pelajar lain, bergaduh, mengambil dadah dan sebagainya. Ada pelajar yang sanggup melakukan apa saja semata-mata ia telah dicabar oleh rakannya untuk melakukan sesuatu yang melanggar tatalaku seorabng pelajar terutamanya di sekolah. Kes yang paling banyak dilakukan atas sebab di cabar ialah ponteng sekolah, Merokok atau menghisap gam, mencederakan atau bergaduh dengan pelajar lain dan mencuri. Sebagai menunjukkan ‘kejantanan’ atau semangat setiakwan, seseorang pelajar sanggup melakukan apa sahaja demi rakan.

PENGALAMAN HIDUP

Pengalaman hidup ialah apa yang dilakukan oleh seseorang dan tidak ada respon pada peringkat awal. Apabila ia melakukannya secara berulang kali dan tanpa teguran, amaran atau sebagainya ia merasakan ia adalah sudah menjadi kebiasaan dan ia melakukannya dimana sahaja ia berada. Ada beberapa contoh bagaimana pengalaman hidup ini menunjukkan kehidupan tidak beretika, iaitu:

· Meludah

· Membuang Sampah

· Mencuri dan

· Bahan Lucah

Apabila tidak ada larangan dilakukan ia akan melakukannya berulang kali dan seterusnya ia akan menjadi satu tabiat.

Meludah

Tidak ada larangan meludah dan seringkali tidak ada siapa yang nampak. Ia tidaklah menjadi satu kesalahan tetapi ia tidak beretika apabila meludah dihadapan orang lain terutamanya di restoran, kedai kopi mahupun dijalan-jalan biasa. Cuma orang akan rasa jijik dengan sikap sedemikian.

Membuang Sampah

Membuang sampah ditempat yang ditetapkan adalah satu sikap yang baik, tetapi membuang merata-rata dan sesuka hati sahaja merupakan satu perbuatan tidak beretika dalam konteks sosial. Apabila ia selalu dibuat dan tidak ada kesan apa-apa yang dikenakan kepada seseorang pembuang sampai ia akan mengulanginya dan ini menyebabkan persekitaran kotor, malah ada yang mencampakkan sampah daripada kereta sehinggakan kenderaan dibelakang kotor dan terkena sampah berkenaan. Oleh kerana dalam keadaan pantas, perbuatan tersebut jarang dapat dirakamkan sebagai bukti kesalahan dan ini menyebabkan orang sebegini terlepas dan akan sentiasa melakukannya lagi pada masa-masa akan dating.

Mencuri

Seperti membuang sampah sekiranya ia tidak ditangkap ia akan merasakan ianya akan sentiasa selamat. Secara jelas mencuri bukanlah perbuatan beretika dan ia merupakan satu kesalahan sekiranya didapati. Disekolah apa yang berlaku ialah kecuriaan alat tulis pelajar lain yang diambil oleh pelajar juga selain mencuri duit persekolahan pelajar lain. Seringkali sekolah mendapat aduan tentang duit pelajar dicuri, alat tulis pelajar dicuri dan sebagainya. Seringkali kecurian berlaku semasa rehat, semasa bertukar kelas, semasa bersukan dan sebagainya. Oleh kerana tidak diketahui, ianya sukar dikesan kerana pelajar lain juga membawa wang belanja dan alattulis. Dan akhirnya ia akna berleluasa dan berpanjangan sehinggalah ada pelajar yang nampak dan ia tertangkap.

Melihat / Menonton bahan lucah.

Seumur 10 tahun, ada pelajar yang sudah melihat bahan lucah di internet, majalah, CD, Video dan sebagainya. Bahan lucah tersebut dicetak, disalin dan diberikan kepada rakan-rakan lain. Pengesanan tidak dapat dilakukan terutama pelajar yang menggunakan atau mendapatkan bahan daripada internet. Tetapi apabila didapati ia seringkali dalam buku teks yang duilipat rapi, telefon bimbit yang dirampas dan sebagainya. Perbuatan sebegini adalah tidak beretika, tetapi seperti perkara lain, pengalaman hidup yang tidak tertangkap menjadikan pelajar sanggup melakukan apa sahaja kerana ia masih rasa selamat.

UNDANG-UNDANG, MORAL DAN ETIKA

Sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar, undang-undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini. Masyarakat tidak boleh bergantung kepada keputusan umum sebagai etika sahaja dan dijadikan dilemma. Oleh itu Satu set peraturan dibentuk secara menyeluruh mengenai tingkahlaku masyarakat bagi mewujudkan kesan yang baik kepada masyarakat dan ia dipanggil undang-undang (Genfa, 2008). Terdapat lima ciri-ciri undang-undang iaitu;

Merokok di sekolah

Merokok disekolah adalah dilarang dari segi etika dan moral kerana ia menyebabkan pengarush yang tidak sihat kepada pelajar-pelajar tetapi ramai juga guru-guru, ibubapa beranggapan bahawa merokok masih tidak salah. Aspek moral pula melihat ia sebagai tidak bermoral dan mengundang kurang selesa kepada pelajar yang terpengaruh dan ingin mencuba. Sekiranya ini berlanjutan maka batasan unang-undang boleh dilaksanakan speerti Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Iaitu seseorang yang didapati merokok di tempat awam boleh didenda dan dihukum berdasarkan seksyen berkenaan.

Membuang sampah merata-rata

Membuang sampah juga bukanlah satu kesalahan tetapi lebih kepada masalah moral dan etika. Membuang sampah atau membiarkan sampah adalah sikap tidak bermoral seperti mencampakkannya dari kenderaan atau membiarkan sampah di pondok rehat atau membiarkan sampah di atas meja makan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan begitu juga disekolah. Tetapi apabila ia dibiarkan berleluasa maka kawasan berkenaan akan kotor dan menjijikkan. Sebagai pilihan moral bagi mengatasi permasalah sebegini maka Seksyen 47 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) boleh digunakan oleh Kerajaan Tempatan, dewan Bandaraya dengan memberikan denda kepada pembuang sampah yang tidak beretika.

Memiliki bahan lucah

Telefon bimbit, komputer, dan ipad adalah hak milik peribadi dan bukanlah kegunaan bersama, oleh itu tidak ada sesiapa jua yang tahu kandungan telefon bimbit, komputer bimbit dan ipad. Menceritakan dan menunjukkan bahan lucah juga hanya pada kesalahan moral sebagai tidak bermoral,, moral yang rendah dan tidak beretika dalam kehidupan social. Tetapi sekiranya ia tidak dibendung ia membawa kepada implikasi agama dan gangguan seksual serta gangguan sosial. Oleh itu sebagai pilihan moralnya Seksyen 922 Kanun Keseksaan (menyimpan video lucah) dan Seksyen 5 (1) ( a ) Akta Penapisan Filem 2002 (memiliki video lucah) bagi mengatasi permasalaha tersebut. Konteks undang-undang sudah jelas, ia adalh sebagai jalan terakhir apabila perbuatan tidak bermoral dilakukan secara berterusan dan undang-undang adalah jalan sebagai hukuman dan dendaan yang tidak ada pada prinsip moral dan etika.

Mencuri

Tidak ada di Malaysia yang menggalakkan kegiatan mencuri malah ia adalah satu kesalahan moral, etika dan undang-undang yang serius. Kesalahan mencuri mengundang tidak selesa pada masyarakat kerana haknya diolucutkan oleh orang lain kerana perbuatan mencuri. Bagi pelajar, walaupun kesalahan mencuri pensil itu tidak serius tetapi ia adalah tidak bermoral dan beretika. Apabila ia telah mencapai tahap melebihi umur juvana, maka akta 574 seksyen 378 Kesalahan Mencuri dan seksyen 379 Seksaan bagi Kesalahan Mencuri boleh digunakan sebagai membendung aktiviti mencuri.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya,"etika" sebagai "disiplin berurusan dengan apa yang baik dan buruk dan dengan kewajipan moral dan kewajipan. Ia menentukan apabila sesuatu perbuatan moral atau tidak bermoral, betul atau salah. Melalui kehidupan beretika seseorang itu boleh melakukan perbuatan yang baik tetapi dalam masa yang sama sekiranya ia tidak beretika banyak perlara tidak bermoral dilakukan. Terdapat lima faktor yang mempengaruhi etika peribadi bermula dengan pengaruh keluarga (Family Influence), pengaruh rakan (Peer Influence), pengalaman hidup (Life Experince), nilai peribadi dan prinsip oral (Personal values and Morals) dan faktor situasi (Situational Factors).

Perbincangan etika ini diulas lebih lanjut dalam tiga faktor di atas iaitu pengaruh keluarga (Family Influence), pengaruh rakan (Peer Influence), pengalaman hidup (Life Experince). Pengalaman sebagai guru disekolah dapat melihat bahawa pengaruh keluarga terhadap aktiviti merokok, tidur semasa belajar, ketika berada di kantin dan ketika bertutur bersama rakan dan guru atau orang yang lebih tua adalah amat ketara sekali manakala rakan pula mempengaruhi pelajar dalam aspek ponteng sekolah, bermain semasa belajar, menipu atau berbohong kepada guru, keluarga dan ahli masyarakat serta menyahut cabaran yang mengundang bahaya kepada individu berkenaan. Pengalaman hidup pelajar seperti meludah, membuang sampah, mencuri dan memiliki bahan lucah adalah sesuatu perbuatan yang tidak beretika dan boleh mengundang kepada aspek pematuhan undang-undang.

Undang-undang yang dilaksanakan oleh ahli masyarakat itu mestilah konsisten, menyeluruh, telah diwartakan, boleh diterima oleh seluruh ahli masyarakat dan dikuatkuasakan setelah diwartakan. Peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang adalah sebagai membendung dan melakukan halangan daripada perbuatan tidak bermoral dan tidak beretika daripada terus berpanjangan dan kekal dilaksanakan. Undang-undang ini menjadikan seseorang akan lebih beretika dan bermoral apabila dikenakan hukuman dan tindakan undang-undang. Tindakan undang-undang kepada perokok, membuang sampah, mencuri dan memiliki bahan lucah pada asasnya bukanlah satu jenayah berat dan lebih kepada nilai etika sahaja tetapi apabila ia berpanjangan dan melakukan sesuatu yang kerap serta tidak boleh lagi diterima oleh masyarakat maka undang-undang memainkan peranan penting bagi memastikan keharmonian masyarakat dapat dipertahankan. Sekiranya merokok, membuang sampah dan memiliki bahan lucah boleh diterima oleh masyarakat sebagai amalan dan kebiasaan dan sudah ada mekanisma penerimaan seperti pekerja memungut sampah, maka merokok, membuang sampah dan memiliki bahan lucah boleh diterima sebagai bukan tindakan undang-undang tetapi lebih kepada tidak beretika dan tidak bermoral sahaja tetapi oleh kerana ia diterima sebagai norma, perjalanan hidup masyarakat boleh diteruskan.

 

Rujukan

Bavec, C. (2012). Social Responsibility and Professional Ethics in Management: Some Empirical Evidences at Country Levels. Managing Global Transitions, 10(4 (Winter)), 361-377.

Genfa, C. (2008). Features of Postmodern Law. Global Law Review, 5, 006.

Leatherdale, S. T., Cameron, R., Brown, K. S., Jolin, M. A., & Kroeker, C. (2006). The influence of friends, family, and older peers on smoking among elementary school students: Low-risk students in high-risk schools. Preventive medicine, 42(3), 218-222.

Malaysia. Open University Malaysia, Faculty Of Business and Management. (2011) Profesional Ethics, (2nd ed.) Selangor: Open University Malaysia.

Meine, M. F., & Dunn, T. P. (2012) On Advancing Professional Ethics to the Next Level: Interdisciplinary vs. Intra-Disciplinary Approaches.

Svensson, C. (2006). Encyclopedia of Management, edited by Marilyn M. Helms. JOURNAL OF BUSINESS AND FINANCE LIBRARIANSHIP, 12(2), 76.

Treviño, L. K., Weaver, G. R., & Reynolds, S. J. (2006). Behavioral ethics in organizations: A review. Journal of Management, 32(6), 951-990.

 

Tulisan: Mazuin Mustapa

MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR

PENGENALAN

Multimedia Super Corridor (MSC) adalah merupakan projek yang diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Melalui pengumuman tersebut, beliau telah menjelaskan bahawa hub MSC adalah seluas 750kilometer persegi iaitu 15 kilometer lebar dan 50 kilometer panjang yang merangkumi KLCC (Kuala Lumpur City Centre), KLIA (Kuala Lumpur International Airport), Putrajaya dan Cyberjaya dan ia akan berpusat di Cyberjaya sebagai satu inisiatif kerajaan untuk menjadikan ICT (Information and Communication Technology) sebagai landasan menuju negara maju pada tahun 2020. Pada tahun ini, Malaysia baru sahaja menerima perkembangan pesat talian internet melalui Jaring (Frost & Sullivan, 2010).

Bagi memastikan MSC berjaya dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerajaan telah menetapkan 10 Bill of Guarantee bagi memastikan MSC dapat dilaksanakan dan mendapat sokongan antarabangsa. 10 jaminan kerajaan tersebut ialah(MSC, 2013);

· Menyediakan Prasarana bertaraf dunia dan infrastruktur maklumat.

· Membolehkan pekerjaan tidak terhad pekerja pengetahuan tempatan dan asing.

· Memastikan kebebasan pemilikan dengan mengecualikan syarikat-syarikat dengan Status MSC Malaysia daripada keperluan pemilikan tempatan.

· Memberi kebebasan kepada modal sumber global untuk infrastruktur MSC Malaysia, dan hak untuk meminjam dana global.

· Menyediakan insentif kewangan yang berdaya saing, termasuk Status (100 peratus pengecualian cukai) Perintis untuk sehingga sepuluh tahun atau Elaun Cukai Pelaburan sehingga lima tahun dan tiada duti ke atas pengimportan peralatan multimedia.

· Menjadi peneraju serantau dalam Perlindungan Harta Intelek dan undang-undang siber.

· Memastikan tiada penapisan Internet.

· Menyediakan tarif telekomunikasi berdaya saing di peringkat global.

· Tender kontrak utama infrastruktur MSC Malaysia kepada syarikat terkemuka yang sanggup menggunakan MSC Malaysia sebagai hab serantau mereka.

· Menyediakan agensi pelaksanaan berkuasa tinggi untuk bertindak sebagai sebuah pusat sehenti yang berkesan.

A) PERANAN MSC KEPADA PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Sebagai inisiatif kerajaan bagi memastikan Malaysia berada di landasan yang betul dalam pelaksanaan MSC usaha utama MSC Malaysia ialah menyediakan kemudahan yang diperlukan dan kemahiran teknikal untuk perniagaan tempatan dan asing melalui aplikasi perdana dan perkhidmatan perniagaan sama ada K-Ekonomi, Tabung Dana, K-Pekerjaan, pembangunan Technoprenuer dan sebagainya. Sebagai contoh, pada tahun 2009 MSC telah mewujudkan dana MAC3 yang dilancarkan untuk menyokong penciptaan dan pembangunan atau pembangunan bersama Harta Intelek di bawah Animasi, permainan & Komputer Grafik sub-sektor Multimedia Kreatif kelompok dan antara penerima dana tersebut ialah KRU Production.

Manakala dalam bidang pendidikan, kerajaan dengan kerjasama MSC dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan sebanyak 88 buah sekolah bestari yang mana sekolah ini akan menjadi projek rintis bagi perlaksanaan sekolah bestari Malaysia dan selain itu bagi sekolah-sekolah yang mempunyai inisiatif ICT ia akan menjadi sekolah ICT yang mempunyai kemudahan makmal komputer, peralatan ICT, Pusat Access dan prasarana ICT bagi menyokong usaha kerajaan bagi memastikan semua pelajar mempunyai pengetahuan dalam ICT (Lepawsky, 2005). Setiap sekolah ini dibekalkan capaian internet dengan kerjasama GITN (Sebuah anak Syarikat Telekom Malaysia Berhad) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyediakan perkhidmatan Schoolnet bagi menyediakan perkhidmatan Internet ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan projek ini berakhir pada tahun 2010 dan digantikan pula dengan projek Bestarinet yang dikendalikan oleh YTL bagi memastikan semua pelajar sekolah menengah, sekolah rendah, peringkat kolej dan university mempunyai capaian ke internet dan menjadikan pelajar atau mahasiswa sebagai orang yang mempunyai pengetahuan tinggi dan mampu bersaing di peringkat global (Frost & Sullivan, 2010).

Bagi memastikan hasil kerja yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia tidak menjadi hak Negara lain, Malaysia telah menjadi ahli Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), Konvensyen Paris, Konvensyen Berne dan menandatangani perjanjian mengenai Aspek Berkaitan Perdagangan Hak Harta Intelek (TRIPS). Oleh itu, sebarang hasil pemikiran, kreativiti dan inovasi masyarakat Malaysia ia akan dilindungi oleh paten hak harta intelek Malaysia bagi memastikan masyarakat Malaysia sentiasa kreatif dan inovatif dalam penciptaan-ciptaan baharu sama ada dalam bentuk fizikal, intelek mahupun perisian(Yap, 2008).

Kerajaan melalui MSC telah menggariskan tujuh inisiatif bagi mencapai status MSC iaitu;

1. Kerajaan Elektronik

2. Kad Pelbagai Guna

3. Sekolah Bestari

4. Telekesihatan

5. Kelompok R & D

6. E-Perniagaan

7. Pusat Pembangunan Usahawan

Bagi menjadikan Malaysia sebagai masyarakat berpengetahuan Malaysia telah menubuhkan Universiti khusus untuk MSC Universiti Multimedia Malaysia (MMU) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1996, MMU adalah universiti swasta yang diberikan status akreditasi oleh kerajaan. MMU mempunyai dua kampus yang menawarkan fakulti dalam beberapa bidang teknologi, IT, multimedia kreatif, dan Pentadbiran di Kampus Cyberjaya dan bidang teknologi, Sains Teknologi maklumat, perniagaan, dan undang-undang di kampus Melaka. Terdapat 9000 pelajar prasiswazah dan pasca-siswazah, termasuk pelajar-pelajar asing daripada 31 buah negara (contohnya, Brunei, Sudan, Bosnia, Malawi, Tanzania, India, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia, Turki, China, dan Thailand) mendaftar di MMU dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (Kamogawa, 2003). Setelah kejayaan penubuhan MMU, beberapa lagi university telah diwujudkan berasaskan kepada ilmu teknologi dan maklumat seperti Universiti Teknologi Pertonas (UTP), Universiti Tun Adbul Razak (Unitar), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), dan Universiti Industri Selangor (Unisel), mula menawarkan ijazah dalam bidang kejuruteraan, pengajian perniagaan, perubatan, dan multimedia. Sejak itu, beberapa universiti swasta telah tumbuh dan berkembang manakala Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Multimedia dan Universiti Tenaga (UNITEN), dan Universiti Malaya (UM) telah mula menawarkan Multimedia dan Teknologi sebagai kesinambungan bagi memastikan MSC tercapai (Bunnell, 2002).

B) PELAKSANAAN PROJEK MSC

Selepas hampir 17 tahun, pelaksanaan projek MSC telah belum lagi mencapai tahap yang boleh kita banggakan. Terdapat tiga fasa pelaksanaan MSC iaitu;

Fasa 1: (1996-2003) MSC telah berjaya diwujudkan.

Fasa 2: (2004-2010) sekurang-kurangnya empat daripada lima pintar bandar akan

dihubungkan dengan bandar-bandar global yang lain di seluruh dunia.

Fasa 3: (2011-2020) Malaysia akan berubah menjadi satu Koridor Raya Multimedia.

Cybercourt Keadilan Antarabangsa akan ditubuhkan di MSC dan 12

bandaraya bistari akan dikaitkan dengan MSC.

Fasa pertama telah dilaksanakan dengan wujudnya Cyberjaya, Universiti Multimedia Malaysia dan beberapa pelaksanaan MSC itu sendiri berdasarkan tujuh inisiatif kerajaan. Malaysia masih belum mencapai Fasa 2 walaupun tempohnya telah melangkaui tempoh yang ditetapkan, setakat ini ada tiga sahaja yang dihubungkan iaitu Cyberjaya, Bayan Lepas dan Kulim Hitech Park (Bunnell, 2002). Pelaksanaan 12 bandaraya bestari belum lagi dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan sedangkan tempoh masa yang berbaki ialah tinggal tujuh tahun sahaja lagi sebelum ia ditakrifkan telah mencapai matlamat pada tahun 2020. Antara alasan lain kenapa pelaksanaan MSC belum mencapai sasaran yang ditetapkan ialah berkenaan inisiatif kerajaan yang belum dilaksanakan sepenuhnya. Kerajaan Elektronik yang digariskan dalam tujuh inisiatif kerajaan masih belum dilaksanakan sepenuhnya dan masih ada lagi jabatan kerajaan yang menggunakan sistem manual seperti alat perakam waktu, pelaksanaan paperless yang tidak mencapai apa yang diharapkan. Kad Pelbagai Guna yang sepatutnya dijadikan bahan utama belum lagi dilaksanakan walaupun Kad Pengenalan yang hendak digunapakai telah dimasukkan aplikasi MEPS (Malaysia Electronic Payment Systems) tetapi penggunaan nya masih lagi sebagai pengenalan diri dan belum mencapai had Kad Pelbagai Guna walaupun beberapa maklumat boleh dimasukkan seperti Lesen Memandu, Kad Nikah dan Pembayaran tetapi pelaksanaannya tidak mencapai apa yang dihasratkan untuk dilaksanakan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekolah Bestari, setakat ini 88 buah sekolah berkenaan tidak dapat melaksanakan aplikasi kerana kekangan tertentu sehinggakan kerajaan menubuhkan bestarinet sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan di 88 buah sekolah berkenaan. Telekesihatan, tidak lagi dapat menghubungkan antara hospital kerajaan, hospital swasta dan klinik persendirian, klinik kerajaan dan poliklinik bagi memudahkan capaian maklumat pesakit. Kelompok R & D, E-Perniagaan dan Pusat Pembangunan Usahawan masih ditahap rendah, system kepercayaan masyarakat terhadap pelaksanaan E-Perniagaan terutamanya penggunaan kad kredit masih lagi ditahap rendah kerana kerisauan tertipu dengan sistem yang ada dan atas talian. Kerajaan masih lagi tidak dapat melaksanakan sepenuhnya dalam system pendidikan yang direncanakan dan sehingga sekarang Korea Selatan, California, India dan Negara Asia lain telah mencapai satu tahap teknologi yang amat membanggakan tetapi tidak pada Malaysia (Indergaard, 2003). Pelaksanaan WiMax di Korea Selatan dan California telah dilaksanakan seawall 1995 sedangkan pada masa tersebut teknologi masih lagi sistem lama iaitu dail-up (Lee, 2003). Perancangan Jalur Lebar Korea Selatan menjadikan Negara tersebut sebagai ‘keajaiban Korea’ yang merancang masa hadapannya dengan terancang (Maeng, 2004).

Selain itu, kerajaan juga telah melanggar Bill Of Guarentees yang telah ditetapkan iaitu BOGs yang ke tujuh iaitu tiada penapisan internet apabila pada 10 Julai 2007 Suruhanjaya Sekuriti telah menapis dua laman web (Utusan Malaysia, 10 Julai 2007) dan pada 10 Jun 2011 kerajaan telah melakukan penapisan internet bagi 10 laman web perkongsian fail (Hazlan Zakaria, 11 Jun 2011) dan menghalang pengguna mencapai laman web berkenaan walaupun mendapat bantahan daripada warga pengguna internet dengan alasan melindungi hakcipta Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu BOGs diwujudkan sempena penubuhan MSC pada tahun 1996 (Bernama, 10 Jun 2011).

CADANGAN-CADANGAN MENCAPAI VISI DAN MISI MSC

Visi MSC Malaysia adalah untuk mentransformasikan negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan yang didorong oleh masyarakat berpengetahuan. MSC Malaysia berazam untuk menerajui transformasi ini melalui ICT melalui bangunan industri dan keupayaan dan pembangunan sosio ekonomi. Bagi memastikan MSC dapat dilaksanakan sebagaimana yang diharapkan menjelang 2020 beberapa perkara perlu dilaksanakan iaitu;

a) Memastikan BOGs dilaksanakan sepenuhnya tanpa alasan.

b) Pelaksanaan Elektronik dipercepatkan

c) Rombakan Sistem Pendidikan Kebangsaan

d) E-Perniagaan dan Usahawan setempat

e) Kajian dan Pembangunan

a) Memastikan BOGs (Bill Of Guarantees) Dilaksanakan Sepenuhnya Tanpa Alasan.

Bill Of Guarantees MSC telah dilaksanakan sempena pelaksanaan MSC tersebut pada tahun 1996 manakala Akta Komunikasi dan Multimedia diwujudkan pada tahun 1998, kerajaan tidak punya alasan untuk melakukan sekatan kerana BOGs telah digariskan terlebih dahulu berbanding akta yang dikemukakan dan begitu juga dengan Suruhanjaya Sekuriti. Kerajaan perlu serius dengan BOGs kerana ia telah diwartakan di peringkat antarabangsa dan ia memerlukan inisiatif kerajaan untuk melaksanakannya. Sebarang pelanggaran BOGs akan menyebabkan syarikat atau badan antarabangsa mula ragu dengan pelaksanaan MSC kerana tidak adanya kepastian untuk melaksanakan garis panduan yang dibuat apabila ada masanya garis panduan tersebut boleh diubah dan dilanggar bila-bila masa sahaja. Kepercayaan terhadap pelaksanaan MSC itu amat penting. Bagi syarikat atau badan antarabangsa yang melihat BOGs memastikan kebebasan pemilikan dengan mengecualikan syarikat-syarikat dengan Status MSC Malaysia daripada keperluan pemilikan tempatan dan insentif-insentif pelepasan cukai boleh sahaja dilanggar atau tidak dipatuhi apabila BOGs bagi tapisan internet secara langsung boleh disekat bila-bila massa sahaja. Oleh itu, untuk menarik semula kepercayaan syarikat atau badan antarabangsa, kerajaan perlu mematuhi apa yang telah digariskan terlebih dahulu (Malairaja, 2003).

b) Pelaksanaan Elektronik Dipercepatkan

Kerajaan Elektronik, Kad Pelbagai Guna dan Telekesihatan adalah perkara yang perlu dititikberatkan. Kerajaan yang mampu melaksanakan kerajaan elektronik bukan sahaja mengurangkan kos pelaksanaan tetapi juga mempercepatkan pelaksanaan dalam semua perkara. Dalam persaingan dunia yang kompetatif dan semakin maju, kerajaan Malaysia perlu melaksanakan inisiatif yang digariskan dengan lebih cepat lagi. Apabila semua badan dan jabatan kerajaan telah disatukan dan dilaksanakan kerajaan elektronik sepenuhnya maka penjimatan dari konsep percetakkan, penggunaan manual dan sebagainya dapat dilakukan dan secara tindak langsung ia juga menggambarkan bahawa kerajaan sudah bersedia untuk melakukan tranformasi dalam sistem pelaksanaan di jabatan kerajaan. Sebagai contohnya, bagi penjawat awam sistem maklumat pekerja terdapat pada HRMIS (Human Resource Management Information System) manakala bagi warga pendidik pula maklumat mereka terdapat pada EMIS (Education Management Information System). Warga pendidik juga adalah penjawat awam. Maklumat pada HRMIS dan EMIS perlulah selari dan berintegrasi agar maklumat ini tidak bertindan dan boleh dicapai dimana-mana sahaja dengan satu pangkalan data. Penggunaan Kad Pelbagai Guna terutamanya penggunaan MyKad perlu diperluaskan dan dilaksanakan kepada semua orang dengan system pembacaan yang banyak dan berkesan serta maklumat yang tepat dan jelas. Semua orang mahukan sesuatu yang mudah dan minima daripada segi risiko. Kad Pelbagai Guna tersebut haruslah boleh mewakili semua kad yang diwujudkan seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, kad Nikah, Kad Kredit, kad ATM, Kad Kesihatan dan sebagainya dan boleh dicapai dimana-mana sahaja. Kad kesihatan tersebut juga haruslah boleh dicapai melalui telekesihatan yang memudahkan klinik kesihatan, klinik swasta, klinik kerajaan, hospital dan poliklinik serta pelbagai lagi kemudahaan kesihatan sama ada di dalam Negara mahupun di luar Negara dan sistem percayaan serta keselamatannya haruslah 100% boleh dipercayai. Sebagai contoh, seorang pesakit alahan di Negeri Sabah, apabila ia bertukar atau berpindah ke Semenanjung Malaysia, maklumat kesihatannya boleh dicapai dimana-mana sahaja dan penyakitnya boleh dikesan awal dengan menggunakan MyKad. Oleh itu, sebarang komplikasi berkaitan penyakitnya boleh diselesaikan awal dan cepat.

c) Rombakan Sistem Pendidikan Kebangsaan

Sekolah Bestari, pelaksanaan bestarinet, schoolnet haruslah mempunyai kesinambungan dengan apa yang dihasratkan oleh kerajaan. Setiap sekolah di Malaysia haruslah mmepunyai satu sistem yang seragam antara satu sama lain sama ada ia adalah sekolah menengah, sekolah rendah, sekolah bandar, sekolah pekan, sekolah pedalaman mahupun sekolah pulau. Oleh itu, rombakan perlu dilakukan terutamanya yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Kaedah tradisional haruslah diubah sesuai dengan peredaran masa. Penggunaan LCD Projektor, MS Powerpoint dan Multimedia haruslah diterapkan, pengajaran dan pembelajaran dalam ICT haruslah menjadi keutamaan sesuai dengan teknologi semasa. Sistem pembelajaran atas talian seperti E-Learning dengan menggunakan LMS (Learning Management System) boleh dilaksanakan diseluruh sekolah dengan perkongsian fail, maklumat, bahan, multimedia, video, persidangan video dan sebagainya(Minister Of Education, 1997). Maklumat yang disampaikan haruslah sah dari segi bukti, fakta dan mempunyai kebolehpercayaan dengan system pembelajaran atas talian. Sebagai contohnya kerajaan sebelum ini pernah memperkenalkan Eduwebtv iaitu pembelajaran multimedia interaktif secara atas talian. Usaha syarikat Zeal Hitech yang membangunkan eduwebtv harus digunakan sepenuhnya walaupun ia telah diserahkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan, seharusnya eduwebtv harus diteruskan dengan penambahbaikkan bahan yang terdapat di dalamnya.

d) E-Perniagaan Dan Usahawan Setempat

Lelong.com, mudah.my dan lazada.com adalah contoh E-perniagaan dan usahawan setempat yang menggunakan kemuahan ICT untuk mengembangkan pasaran dan perkhidmatannya. Terkenal sebagai stor atas talian seperti ebay dan amazon, perniagaan sebegini haruslah diperkembangkan dengan sistem keselamatan yang dijamin oleh kerajaan dan tindakan segera di atas penyelewangan sekiranya berlaku. Menjadikan usahawan sebegini dan memastikan usahawan lain juga memasarkan produk, perkhidmatan atas talian. Lelong dan Mudah.my bukanlah kedai serbaneka tetapi menyediakan ruang dan peluang kepada peniaga lain untuk memasarkan produk mereka atas talian. Sistem keselamatan yang terdapat di Malaysia dalam melindungi pengguna atas talian belum lagi mantap dan perlu dimantapkan seiringan dengan penggunaan Kad Pelbagai Guna yang dicadangkan. Apabila ini dapat dilaksanakan secara tidak langsung dua inisiatif MSC dapat dicapai.

e) Kajian Dan Pembangunan, K-Pekerjaan

Research and Development (R&D) atau Kajian dan Pembangunan haruslah dilaksanakan disemua sektor sama ada sector kerajaan mahupun sektor swasta. Kumpulan ini haruslah disediakan kemudahan prasarana untuk menguji dan melaksanakan kajian yang dilakukan terutamanya yang melibatkan pembangunan dalam ICT. Teknologi multimedia telah berkembang dengan pesat sepertimana yang berlaku di Korea Selatan apabila teknologi telekomunikasinya telah berkembang seiring dengan teknologi multimedia. Multimedia 2D telah berubah kepada 3D. Sekarang ini, pawagam sudah menayangkan multimedia 3D dan menarik perhatian ramai pihak. Malaysia harus melaksanakan kajian menyeluruh terhadap semua sistem sokongan masyarakat agar Malaysia boleh lebih maju lagi kehadapan. Sebagai contoh, Malaysia adalah pengeluar kenderaan di Perak, Pahang dan Selangor dan pengeluar cip silicon terkenal di Bayan Lepas. Kajian dan pembangunaan antara pengeluar kenderaan dan cip silicon boleh digunakan agar boleh menghasilkan kenderaan berteknologi tinggi. Bagi memastikan semua itu boleh dilaksanakan pewujudan pekerjaan boleh dilakukan dan secara tidak langsung K-Perkerjaan akan menampung sosio ekonomi masyarakat. Insentif kerajaan terhadap syarikat atau badan yang melakukan Kajian dan Pembangunan harus diberikan selain insentif kepada syarikat atau badan yang menawarkan pekerjaan serta ganjaran yang setimpal dengan pekerjaan haruslah diberikan. Ini akan menggalakkan syarikat dan badan antarabangsa melabur di Malaysia dan seterusnya mencapai hasrat sebagaimana diharapkan dalam tujuh inisiatif kerajaan menuju status MSC pada tahun 2020.

KESIMPULAN

Multimedia Super Corridor (MSC) adalah merupakan projek yang diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Sehingga hari ini, tahun 2013. MSC secara langsung telah menjalani dua fasa dan tinggal tujuh tahun untuk mencapai fasa ke tiga dan terakhir. Daripada itu, MSC telah menetapkan pencapaiannya untuk mencapai tujuh inistiatif kerajaan bagi memastikan MSC mencapai matlamatnya. Inisiatif seperti;

1. Kerajaan Elektronik

2. Kad Pelbagai Guna

3. Sekolah Bestari

4. Telekesihatan

5. Kelompok R & D

6. E-Perniagaan

7. Pusat Pembangunan Usahawan

Adalah inisiatif yang perlu dicapai oleh kerajaan bagi membolehkan MSC telah mencapai sasaran yang ditetapkan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebuah Negara yang Maju seiring dengan perkembangan teknologi. Tetapi dalam tempoh tujuh tahun ini, adalah sukar mencapai hasrat yang diinginkan kecuali dengan usaha yang lebih selain menjadikan inisiatif kerajaan tersebut dalam kelompok dan menjadikan ia satu inisiatif baru untuk dicapai sepenuhnya. Oleh itu, bagi memastikan MSC dapat dilaksanakan dengan baik beberapa cadangan dikemukakan iaitu;

a) Memastikan BOGs dilaksanakan sepenuhnya tanpa alasan.

b) Pelaksanaan Elektronik dipercepatkan

c) Rombakan Sistem Pendidikan Kebangsaan

d) E-Perniagaan dan Usahawan setempat

e) Kajian dan Pembangunan

MSC masih lagi berada dalam landasan yang betul tetapi ia perlulah pantas dalam mengejar fasa yang akan datang. Fasa ke tiga adalah fasa yang kritikal untuk dicapai dan pada masa ini boleh dikatakan Malaysia telahpun sepatutnya mencapai status sebagai Negara maju. Oleh kerana itu, MSC haruslah melonjak secara pantas agar apa juga yang ingin dicapai adalah seiringan dengan perkembangan negara.

(2652 Patah Perkataan menggunakan Microsoft Word Count)

Rujukan

Bernama (10 Jun 2011). SKMM perjelas isu sekatan laman web, Berita Harian, 10 Mac 2013, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MCMCperjelasisusekatanlamanweb/Article/print_html

Bunnell, T. (2002). Multimedia Utopia? A Geographical Critique of HighTech Development in Malaysia’s Multimedia Super Corridor. Antipode, 34(2), 265-295.

Frost & Sullivan (2010), Policy on ICT in Education Malaysia, Minister Of Education.

Hazlan Zakaria (11 Jun 2011). Laman Pirate Bay bidas sekatan SKMM , Malaysiakini.com, 10 Mac 2013, http://www.malaysiakini.com/news/166632

Indergaard, M. (2003). The webs they weave: Malaysia's multimedia super-corridor and New York City's Silicon Alley. Urban Studies, 40(2), 379-401.

Kamogawa, A. (2003). Higher education reform: Challenges towards a knowledge society in Malaysia. African and Asian Studies, 2(4), 545-563.

Lee, S. M. (2003). South Korea: From the land of morning calm to ICT hotbed.The Academy of Management Executive, 17(2), 7-18.

Lepawsky, J. (2005). Digital Aspirations: Malaysia and the Multimedia Super Corridor. FOCUS on Geography, 48(3), 10-18.

Malairaja, C. (2003). Learning from the Silicon Valley and implications for technological leapfrogging the experience of Malaysia. International Journal of Technology Management & Sustainable Development, 2(2), 73-95.

Maeng, D. M., & Nedovic-Budic, Z. (2004). Chicago and Seoul: A comparative study of the impact of information and communications technologies on urban land use and regulation. Journal of Urban Technology, 11(2), 61-92.

Minister Of Education (1997) The Malaysian Smart School A Conceptual Blueprint

MSC (2013). MSC Malaysia Bill Of Guarantees, MSC, 10 Mac 2013, http://www.mscmalaysia.my/msc_malaysia_bill_of_guarantees

Utusan Malaysia (10 Julai 2007). SC terus sekat laman web pelaburan haram, Utusan Malaysia, 10 Mac 2013, http://www.skmm.gov.my/Media/Press-Clippings/SC-terus-sekat-laman-web-pelaburan-haram.aspx

Yap, L. S., Tasmin, R., Rusuli, M. S. C., & Hashim, N. (2008). Factors Influencing Knowledge Management Practices Among Multimedia Super Corridor (MSC) Organizations. Creating Global Economics through Innovation and Knowledge Management: Theory and Practice.

 

Tulisan: Mazuin Mustapa

Wednesday 16 January 2013

KESAN INTERNET KE ATAS PELAJAR : MANFAAT DAN KEMUDARATAN

KESAN INTERNET KE ATAS PELAJAR : MANFAAT DAN KEMUDARATAN

PENGENALAN

Internet ialah singkatan daripada Inter-network atau rangkaian yang menghubungkan antara satu dengan yang lain. Internet dimulakan di Amerika Syarikat ketika perang dingin antara Amerika Syarikat dan USSR (Union of Soviet Socialist Republics) atau lebih dikenali sebagai Rusia. Pada masa perang dingin, Amerika dan Rusia berlumba-lumba mencipta senjata. Amerika risau sekiranya perang nuklear tercetus semua perhubungan terputus dan maklumat persenjataan tidak dapat dicapai. Dengan adanya internet peralatan tentera Amerika masih dapat berfungsi. Oleh itu, Jabatan Pertahanan Amerika telah merangka satu projek yang dinamakan Agensi Projek Penyelidikan Kehadapan atau Advanced Research Projects Agency (ARPA) dan dikenali kemudian sebagainya sebagai Agensi Pertahanan Projek Penyelidikan Kehadapan atau Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA). Dan apabila dirangkaikan menjadi ARPANET. ARPA net bermula 1969 (Keefer, 2001). Di Malaysia pula, Internet dijangka bermula pada tahun 1995 dan meningkat penggunaannya kepada awam pada tahun 1996. Antara Oktober hingga November 1995 melalui kajian MIMOS, didapati terdapat seramai 20 ribu pengguna internet di Malaysia dan meningkat menjadi 700 ribu pada tahun 2000 dan seterusnya hampir empat juta pada tahun 2004. Pengguna boleh mencapai dimana-mana sahaja mereka berada, dipejabat, di di restoran, Di kedai kopi dan pelbagai tempat lagi (Painter, 2001).

Selepas itu internet terus berkembang dengan pesat sehinggalah sekarang ini. Daripada Laman Sesawang (Web Browsing), Surat Elektronik (E-Mail), Berborak (Chat), Persidangan Video (Video conference), melampirkan bahan (Attachment), LMS (Learning Management System) yang membentuk VLE (Virtual Learning Environment) dan sebagainya. Internet telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan (Painter, 2001). Dianggarkan pengguna internet pada tahun 2010 ialah 1.97 billion (Gencer, 2012). Bagi golongan pelajar pula terdapat beberapa manfaat dan kemudaratan yang boleh diperolehi daripada penggunaan internet. Internet telah menjadi satu kegilaan bagi pelajar dan boleh dikatakan ia telah menjadi satu ketagihan kepada pelajar. Sebagai contohnya di Jepun, terdapat pelajar dikatakan menggunakan internet 20 jam sekali penggunaan dan ada pula sehingga 40 jam tanpa sebarang masalah. Kajian di Jepun telah dijalankan kepada 242 pelajar kolej dan mendapati pelajar lelaki lebih cenderung ketagihan internet berbanding pelajar perempuan. Ketagihan ini telah menjadikan satu konflik dalam kehidupan pelajar tersebut kerana ia telah mewujudkan konflik kekeluargaan, perhubungan, pekerjaan dan persekolahan (Sato, 2006).

Perbincangan kali ini akan ditumpukan kepada empat manfaat dan empat kemudaratan yang dialami oleh pelajar dalam penggunaan internet. Secara umumnya, terdapat empat manfaat dalam internet iaitu membina hubungan, perkembangan keilmuan, penggunaan dalam kehidupan dan pekerjaan. Manakala empat kemudaratan yang akan dibincangkan ialah bahan lucah, penyalahgunaan, ketagihan dan gangguan.

MANFAAT

Membina Hubungan

Internet dijadikan alat untuk membina hubungan seperti penggunaan chat email, bermain permainan atas talian, membaca/ menonton/ mendengar berita, dan mencari pekerjaan (Peou, 2011). Melalui internet seseorang itu boleh membina hubungan secara langsung mahupun tidak langsung. Antara penggunaan internet yang kerap digunakan sebagai membina hubungan ialah seperti facebook, google+, myspace, Friendster, instagram dan pelbagai lagi social network yang lain. Sebagai contoh Facebook. Facebook boleh membina hubungan yang telah lama terputus dengan rakan-rakan. Facebook boleh menghubungkan kawan lama semula dengan seseorang (Ellison, 2007).

Penggunaan forum dalam internet digunakan untuk memperluaskan hubungan, membina hubungan, menambah keyakinan diri dan mendapatkan sokongan masyarakat (Weinstein, 2010). Forum yang terdapat pada internet membolehkan seseorang meningkatkan keyakinan diri tanpa rasa malu tentang identiti mereka terdedah. Tidak semua identiti seseorang itu didedahkan dan ini membolehkan seseorang itu berbicara apa sahaja tanpa kerisauan akan dimalukan oleh rakan atau keluarga. Seseorang boleh menggunakan bahasa inggeris yang teruk dalam forum, berborak (chat) atau menghantar email. Tidak semua pelajar boleh bercakap bahasa inggeris dengan baik. Tetapi melalui internet, seseorang itu boleh mempelajari bahasa inggeris secara pantas apabila menggunakan bahasa inggeris yang teruk dan diperbetulkan dari masa ke semasa melalui forum, chat dan email (Peou, 2011).

Perkembangan Keilmuan

Internet mengurangkan jurang pendidikan terutamanya di luar bandar, banyak universiti awam dan universiti terbuka menjadikan ICT sebagai komunikasi terpantas dalam memberikan pendidikan. Pada masa sekarang, internet membolehkan masyarakat luar Bandar mendapatkan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi lagi (Suvarna, 2012). Masyarakat luar bandar atau kawasan pedalaman sukar untuk bergerak atau berada di universiti, walaupun mempunyai kelayakan untuk memasuki universiti tetapi atas sebab kewangan dan tempat tinggal, seseorang boleh terus belajar melalui internet. Pelajar tidak perlu lagi berada di universiti secara sepenuh masa. Universiti terbuka adalah alternative kepada pembelajaran secara jarak jauh. Pelajar boleh belajar dimana sahaja mereka berada tanpa menghadiri kelas pembelajaran kerana mereka boleh belajar melalui internet seperti penggunaan VLE (Virtual Learning Environment) atau LMS (Learning Management System) seperti moodle dan tutor-A. Malah ada yang menggunakan youtube sebagai medium untuk belajar secara maya melalui video yang dimasukkan kedalam VLE dan LMS (Suvarna, 2012).

Selain itu, kelebihan internet adalah memberi kesan kepada kaedah pembelajaran dengan cara memberikan kaedah pembelajaran alternative dan cara pembelajaran lebih kreatif (Isman, 2004). Pembelajaran bukan lagi tertumpu kepada chalk and talk yang diamalkan seperti zaman persekolahan sebelum kemunculan ICT tetapi pembelajaran lebih menarik dengan penggunaan smartboard, VLE, LMS, Youtube, forum dan sebagainya. Berdasarkan kajian kepada 173 pelajar di Eastern Mediterranean University, 76.6% menyatakan Internet sebagai perpustakaan tanpa batasan dan 67.6% memudahkan dalam mencari ilmu (Isman, 2004). Sumber maklumat dan ilmu bukan lagi pada buku semata-mata tetapi boleh diperolehi melalui internet. Pelajar boleh mendapat berjuta-juta artikel, bahan, journal, buku dan sebagainya melalui internet. Digital Library adalah satu kemudahan yang boleh diperolehi. Penggunaan Laman Sesawang seperti Google, Yahoo, MSN, Lycos dan sebagainya memudahkan pencarian bahan untuk pembelajaran (Iskandar Abd Rashid,2001).

Pengetahuan dalam ICT memberi peluang kepada pelajar untuk membentuk maklumat dan pengetahuan mereka tentang kehidupan, masyarakat mereka dan dunia yang ada sekarang (Ezziane, 2007). Pengetahuan mereka dibentuk melalui pembacaan di internet, berita semasa dan berita lalu boleh dicapai melalui internet malah bahan-bahan sejarah juga boleh didapati melalui internet. Tugasan pelajar sudah tidak lagi sesukar dahulu yang memerlukan pelajar pergi ke perpustakaan atau arkib untuk merujuk sumber lampau atau kajian lampau tetapi sudah memadai mencarinya melalui internet. Penghantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau guru sudah boleh dihantar terus melalui laman web VLE mahupun melalui email tanpa perlu bersemuka dengan pensyarah, menghantar bahan secara bercetak yang memerlukan pelajar mengeluarkan kos mencetak, mengkompilkannya dan penghantaran. Malah ia juga memberikan motivasi untuk pelajar meneruskan pembelajaran kerana sumber yang boleh didapati diinternet terlalu banyak dan membolehkan ilmu dapat diperolehi dengan banyak dan boleh dikembangkan (Jackson, 2000).

Penggunaan Dalam Kehidupan

Internet telah menjadi satu fenomena dalam kehidupan seharian. Ia mengurangkan kos dalam kehidupan. Sebagai contohnya menghantar surat sudah tidak menggunakan kos yang tinggi. Seseorang boleh menghantar lebih 200 email sehari menggunakan telefon bimbit (Sato, 2006) tanpa sebarang kos tambahan untuk menghantar surat kepada kenalan, majikan, atau kepada sesiapa sahaja. Internet boleh membantu syarikat yang ingin menjual barangan mereka kepada pelanggan yang tidak ada masa untuk membeli belah (Zoroja, 2011). Seseorang yang tidak ingin keluar daripada rumah boleh sahaja membeli belah melalui internet seperti facebook, lelong.com.my, mudah.my, zalora dan pelbagai lagi produk boleh dibeli melalui internet dan hanya perlu menggunakan kad kredit, pemindahan wang secara atas talian, paypal atau pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk melakukan pembayaran. Sebagai seorang pelajar, pembayaran yuran kepada universiti boleh dilakukan secara atas talian dan tidak lagi perlu menghadirkan diri ke kaunter universiti untuk menjelaskan yuran. Pelajar tidak perlu berbaris di kaunter bayaran lagi tetapi hanya berada di hadapan komputer untuk melakukan transaksi.

Internet juga boleh mengurangkan jurang digital, meningkatkan ekonomi, meningkatkan kualiti kehidupan dan penyertaan kehidupan dan seterusnya menjadikan masyarakat luar bandar kepada masyarakat bermaklumat (Hanke, 2009). Berita dalam Negara atau luar Negara boleh didapati melalui internet membolehkan maklumat sampai lebih cepat walau dimana juga seseorang itu berada. Pelajar di pedalaman atau luar bandar sudah tidak lagi seperti “katak dibawah tempurung”. Dengan pengurangan jurang digital membolehkan keciciran pembelajaran pelajar dapat dikurangkan dan boleh mencapai maklumat sebagaimana yang boleh dicapai oleh pelajar yang berada di bandar besar.

Internet juga sering digunakan dalam kehidupan seharian seseorang pelajar termasuklah mengurus jadual waktu, mengurus masa mengurus aktiviti seperti menggunakan kalendar google, berhubung dengan rakan pelajar, pensyarah, dan guru menggunakan email malah mendapatkan maklumat menggunakan enjin pencarian seperti google, yahoo dan MSN serta melakukan apa sahaja yang memudahkan segala urusan sebagai seorang pelajar seperti pembentangan menggunakan prezi.com, slideshare dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut boleh didapati atau digunakan terus melalui internet malah ada tapak laman web yang menawarkan kemudahan penyimpanan data seperti 4shared, dropbox, megaupload dan sebagainya. Internet memang akan memudahkan kehidupan seseorang pelajar terutamanya dalam pembelajaran seharian seorang pelajar.

Pekerjaan

Internet juga bermanfaat dalam aspek pekerjaan, walaupun dikatakan sebagai pelajar tetapi sebenarnya pekerja juga boleh menyambung kembali pelajarannya sambil bekerja untuk meningkatkan tahap pendidikan, pengetahuan dan tahap sosioekonomi diri seseorang. Pengetahuan komputer adalah kemahiran yang penting diketahui oleh seseorang pada hari ini dalam persekitaran yang mencabar. Antara satu kepentingannya ialah ia mengubah pekerjaan daripada pekerja kolar biru kepada pekerja kolar putih (Ezziane, 2007). Pelajar harus mengetahui bahawa dengan mempunyai pengetahuan tentang internet dan ICT, ia boleh meningkatkan tahap sosioekonomi dirinya dengan mengubah struktur tugasnya kepada yang lebih baik seperti seorang pekerja pemegang STPM atau Diploma boleh meningkatkan pengetahuannya dengan belajar secara jarak jauh melalui internet seperti pembelajaran Universiti Terbuka untuk meningkatkan pengajian daripada tahap sedia ada kepada ijazah, sarjana dan doktor falsafah. Apabila ia mendapat kelulusan yang lebih tinggi ia boleh memohon agar ditukar statusnya daripada kerani atau kakitangan bawahan kepada pegawai atau pengurusan tertinggi.

Berdasarkan kajian kepada 800 syarikat di Amerika didapati kemahiran komputer dan pengetahuan internet memberikan peluang kepada 60% keperluan pekerjaan (Ezziane, 2007). Banyak syarikat sekarang menggunakan internet sebagai bahan pemasaran, pengiklanan dan perluasan pemasaran. Mengambil contoh lelong.com.my, banyak syarikat kecil dan sederhana mengambil pekerja yang mempunyai pengetahuan internet dan cara penggunaannya untuk menjual produk yang dipasarkan oleh mereka. Ramai pelajar yang mengetahui tentang internet dan ia membuka peluang kepada mereka apabila memohon kepada syarikat sebegini sebagai persediaan apabila tamat belajar kelak. Malah ada juga pelajar yang semasa belajar telah menggunakan kemahiran menggunakan internet untuk mendapatkan kewangan sampingan seperti menjual produk jualan langsung, MLM (Multi Level Marketing), produk kecantikan, pakaian dan sebagainya untuk menampung perbelanjaan semasa belajar dengan membuka blog, facebook, laman web dan sebagainya (Ezziane, 2007).

KEMUDARATAAN

Bahan Lucah

Salah satu yang menyebabkan kepada ketagihan internet ialah melihat bahan lucah. Bahan lucah yang didapati melalui internet merangsang tingkah laku seks (Brand, 2011, & Jones, 2012). Kajian di Malaysia mendapati, terdapat beberapa punca kepada ketagihan internet antaranya mencapai laman bahan lucah, perjudian online, membeli belah secara atas talian, mencari bahan bukan bermaklumat, berborak berjam-jam menggunakan internet (Aliza Abdul Latif, 2010). Melayari laman lucah boleh mengubah tingkah laku seks seseorang daripada biasa kepada keghairahan untuk melakukannya. Bahan-bahan lucah dengan mudahnya boleh diperoleh di internet dan bahan ini adakalanya percuma, berbayar atau berbayar secara beransur-ansur sama ada dalam bentuk gambar, video ataupun animasi. Kaedah yang ditunjukkan dalam internet seringkali merangsang pelajar untuk melakukannya dengan pasangan mereka sehingga menyebabkan gejala sosial (Al Otaibi, 2012). Youtube walaupun mempunyai sekatan tetapi tidak semuanya dapat disekat terutamanya filem-filem yang mengandungi kandungan di bahagian tengah dan hujungnya aktiviti lucah. Laman web seperti teentube.net, xhamster.com dan sebagainya antara laman web yang tidak disekat dan boleh dilayari sewenang-wenangnya oleh mana-mana pelajar.

Penyalahgunaan

Antara penyalahgunaan internet yang paling ketara di kalangan pelajar ialah melakukan plagiat iaitu meniru tulisan atau kajian orang lain, menyalin tugasan orang lain atau menjadikan tugasan orang lain sebagai tugasannya sendiri. Berdasarkan kajian kepada Sembilan kolej dan university di Amerika didapati 698 pelajar memang melakukan plagiat melalui internet. Iaitu menjadikan bahan sumber internet sebagai bahan tulisan mereka tanpa menyebut daripada mana sumber tersebut diperolehi. 6 ribu pelajar menipu dalam ujian dan membuat tugasan, 14.6 % daripada 425 pelajar menyalin terus daripada pelajar lain (Scanlon, 2002). Penyalahgunaan sebegini adalah sesuatu yang tidak baik bagi seseorang pelajar. Sepatutnya pentadbir universiti, fakulti dan kakitangan university perlu mengambilkira tentang kesan penggunaan internet kepada pelajar kerana pelajar tidak belajar dan membaca dan cuma menggunakan internet sahaja sebagaimana yang diterangkan melalui kajian terhadap pelajar kolej dan university (Scanlon, 2002)

“It is no longer much of an insight to say that computers and the Internet have changed and are changing the manner in which all of us write. What is not yet as clear is how these technologies are shaping a new generation of students’ conception of what does and does not constitute fair use of the countless texts so readily available at their desktops. How students use the Internet to complete research and to write papers, and how we respond to electronic textual appropriation, are and will be critical matters for university faculty and administrators as information technology continues its dramatic growth within higher education.” (Scanlon, 2002, P. 383)

Penyalahgunaan ini bukan sahaja melalui plagiat tetapi juga penyalahgunaan masa, ruang dan kemudahan yang ada berbanding menggunakannya dalam kehidupan seharian dan inilah dikatakan sebagai penyalahgunaan kesan ketagihan. Pelajar membina ketagihan dengan menghantar email menggunakan telefon bimbit berbanding meningkatkan tahap akademik, memperbaiki aspek psikologikal dan hubungan antara kawan dan keluarga (Sato, 2006). Mereka sanggup menggunakan berpuluh-puluh jam menggunakan internet berbanding menjalani kehidupan seharian yang tidak memerlukan internet. Berdasarkan kajian kepada 1380 pelajar daripada 20 buah sekolah di Turki mendapati 27% pelajar menyalahgunakan internet. Pelajar ini adalah dikalangan mereka yang berada dalam tahap pembelajaran yang rendah berbanding pelajar yang pencapaian akademik yang tinggi (Gencer, 2012).

Ketagihan

Antara kemudaratan yang lain ialah ketagihan menggunakan internet, mereka sudah tidak hirau dengan kesihatan dan sanggup tidak tidur semata-mata melayari internet. Menurut kajian di Korea, terdapat 37.7% pelajar sekolah tinggi mengalami insomnia kerana ketagihan menggunakan internet (Weinstein, 2010). Di Jepun pula, pelajar yang ketagihan menggunakan internet, boleh menggunakan internet tanpa berhenti sehingga 40 jam dan secara tidak langsung ia memudaratkan kesihatan (Sato, 2006). Ketagihan menggunakan internet boleh merenggangkan hubungan persahabatan, hubungan kekeluargaan dan seterusnya mengubah cara dan gaya hidup seseorang. Bagi pekerja, ketagihan kepada internet akan mengurangkan daya saing serta melembabkan cara bekerja seseorang. Bagi pelajar pula, ketagihan kepada internet akan menjadikan seseorang pelajar tersebut pasif, malas untuk kesekolah, mengantuk kerana menggunakan internet sepanjang masa dan memberi kesan kepada tahap pembelajaran seseorang (Kompf, 2005). Pelajar yang mempunyai ketagihan yang tinggi terhadap internet adalah mereka yang mempunyai pencapaian yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak ketagihan (Young, 1996). Dalam aspek ini, dikatakan bahawa pelajar lelakilah yang paling ramai dalam ketagihan kepada internet berbanding pelajar perempuan (Gencer, 2012).

Gangguan

Selain itu, antara kemudaratan internet ialah lambakan email. Pelajar pada masa sekarang sering kali melakukan lambakan email kepada rakannya mahupun kepada orang lain sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Melakukan lambakan email atau spam adalah aktiviti yang tidak sihat dan menyebabkan gangguan serta tekanan jiwa kepada pengguna yang lain yang menerima lambakan email tersebut. Lambakan sebegini membuang masa dan kadangkala menyebabkan akaun email boleh ditutup oleh pengendali email. Lambakan lain yang dilakukan ialah lambakan pada status facebook seseorang. Lambakan sebegini merupakan gangguan dalam penggunaan internet oleh orang lain. Selain itu, ada pelajar yang melakukan buli siber iaitu melakukan aktiviti buli dengan cara memalukan seseorang kepada orang lain melalui pendedahan di internet seperti memaparkan tingkah tidak elok seseorang melalui internet sehinggakan orang tersebut mengalami gangguan emosi (Aliza Abdul Latif, 2010). Antara contoh buli siber ialah mengambil gambar seseorang dalam facebook yang menjolok mata dan mengubah gambar tersebut serta memaparkannya kepada semua pengguna internet sehingga empunya gambar terasa malu dan amat tertekan. Selain itu, ugutan akan mendedahkan perbuatan atau tingkahlaku orang lain juga merupakan gangguan yang sering kali dilakukan oleh pelajar melalui internet. Melalui internet, seorang pelajar boleh menyamar menjadi orang lain dan menganggu pengguna internet lain selain melakukan aktiviti hacking (Gencer, 2012).

CADANGAN DAN RUMUSAN

Internet adalah satu medium atau alat yang berguna dalam kehidupan seharian, tetapi ia juga mengundang beberapa permasalahan dalam kehidupan apabila terlalu ketagih atau menyalahgunakannya. Tidak dinafikan bahawa, internet akan memberi kesan kepada pelajar malah ia tidak boleh lagi dielakkan dan perlu diteruskan kerana mengabaikan penggunaan internet seperti kembali ke zaman silam malah pengguna internet sudah semakin bertambah dari masa ke semasa sama ada secara wayar mahupun tanpa wayar, sama ada secara setempat seperti komputer desktop mahupun secara bergerak melalui telefon bimbit dan komputer bimbit. Sebagai pelajar, kemahiran menggunakan internet adalah amat penting sekali. Mengetahui kebolehpercayaan, tahap keselamatan dan peraturan-peraturan penggunaan internet amat penting kepada pelajar sama ada pelajar tahap rendah mahupun pelajar universiti (Sato, 2006). Kemudaratan yang diwujudkan melalui internet boleh dikurangkan dengan pelbagai cara.

Bahan lucah adalah sesuatu yang tidak elok untuk ditonton kerana ia mengubah tingkahlaku dan naluri seks seseorang. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pemantauan keluarga amat penting sekali dan sekiranya pelajar cuba mencapainya melalui luar seperti Kedai Siber (Cybercafe) kawalan pihak penguasa tempatan serta pengusaha juga penting. Penggunaan websense atau sekatan (Filtering) boleh digunakan dirumah, diinstitusi, dipejabat, di kedai siber mahupun pemasangannya di komputer, komputer bimbit dan telefon bimbit. Kawalan dalaman boleh dilakukan kepada pelajar agar tidak melayari laman web lucah (porno) kerana aspek luaran adalah sukar untuk dikawal.

Begitu juga tentang penyalahgunaan internet seperti plagiat, dan ketagihan boleh diminimumkan. Bagi mengelakkan plagiat berlaku dengan berleluasa, pihak pengurusan institusi pendidikan, universiti atau penerbit boleh menidakkan pelajar yang melakukan plagiat sama ada mendendanya, meminta pelajar membuktikannya bahawa sememangnya ia melakukannya atau mengambil tindakan tegas yang lain agar perkara tersebut tidak berlaku. Antara lain ialah menyediakan tugasan yang berbeza dan tidak berulang bagi seseorang pelajar dengan pelajar lain boleh dilakukan.

Bagi mengatasi masalah ketagihan pula, sekatan capaian bagi tempoh tertentu boleh dilaksanakan seperti sekatan bandwidth, kelajuan dan juga tempoh penggunaan. Penggunaan social networking (facebook, Google+, myspace, Friendster), games online, email, chatting dan sebagainya tidak boleh dielakkan dan inilah yang menjadi teras kepada ketagihan kepada internet selain melayari bahan tidak berfaedah seperti cerita rekaan, bahan lucah dan sebagainya. Kawalan bandwidth dan tempoh penggunaan kepada pelajar ini sekurang-kurangnya akan menghadkan tempoh penggunaan mereka selain kawalan memastikan mereka tidak menggunakan kedai siber sebagai alternative penggunaan internet. Apabila mereka tidak ketagihan secara teruk, mereka boleh menumpukan pembelajaran dan tidak mengalami insomnia.

Bagi mengatasi buli siber, gangguan siber dan aktiviti lambakan email (spam) serta keselamatan dalam internet, pelbagai kaedah boleh digunakan antaranya ialah pemasangan websense, filtering, spam filtering mahupun penguatkuasaan peraturan dan undang-undang. Penerangan melalui pengiklanan media elektronik seperti televisyen, internet, email dan radio boleh dilakukan oleh pihak kerajaan supaya aktiviti sebegini tidak dilakukan oleh pelajar. Pendedahan, kursus serta bengkel penggunaan internet serta keselamatannya secara percuma boleh dianjurkan oleh pihak kerajaan, agensi swasta mahupun pihak–pihak yang berkenaan seperti Streamyx, pengendali jalurlebar bergerak seperti Celcom, Digi dan Maxis.

Walau bagaimanapun, semua ini memerlukan pengetahuan dan kerjasama pelajar itu sendiri. Pencegahan adalah lebih baik berbanding membaiki. Pelajar tersebut perlu sedar tentang tindakannya dan mengelakkannya. Sekiranya pelajar itu sendiri mendesak dirinya untuk melakukan aktiviti yang tidak baik seperti melihat bahan lucah, bagaimana sekalipun sekatan dilakukan. Kerana keinginan mereka masih boleh menebusi sebarang sekatan kerana internet itu sendiri merupakan sumber tanpa batasan. Kegiatan plagiat tidak boleh dielakkan tetapi ia masih boleh dikurangkan sekiranya pelajar menghargai nilai suatu ilmu dan mengetahui betapa sukarnya membuat sesuatu bahan kajian. Penerangan demi penerangan boleh diberikan kepada pelajar agar menghargai hasil usaha orang lain dan hendaklah melakukannya sendiri tanpa melakukan kegiatan plagiat. Usaha-usaha kerajaan bagi mengelakkan spamming dan buli siber hanya sia-sia sekiranya pelajar tersebut sendiri mendedahkannya seperti meletakkan gambarnya yang menjolok mata pada tatapan di internet.

Secara keseluruhannya, Internet adalah alat yang boleh dimanfaatkan tetapi dalam masa yang sama ia juga boleh mengundang sesuatu yang tidak baik. Terpulang kepada pelajar itu sendiri bagaimana ia menggunakannya. Sekiranya ia menggunakannya untuk kebaikkan, kebaikkanlah yang ia dapat dan sekiranya ia menggunakannya untuk keburukkan maka keburukkanlah yang ia dapat.

Al Otaibi, K.N.(2012). Attitudes Towards The Use Of The Internet. Psychology Research, Issn 2159-5542. Vol 2 (No 3) 151-159. (OUM Digital Library)

Aliza Abdul Latif, Et Al. (2010). Understanding Malaysian Internet Addiction: A Comparative Study On Malaysia And Selected Countries. The International Journal Of Interdisciplinary Social Science, Volume 5 (6): Issn 1833-1882. (OUM Digital Library)

Brand.M. et al (2011). Watching Pornographic Pictures on the Internet: Role of Sexual Arousal Ratings and Psychological–Psychiatric Symptoms for Using Internet Sex Sites Excessively. Cyberpsychology, Behavior, and Social Networking. June 2011, 14(6): 371-377. (OUM Digital Library).

Ellison, N. B., Steinfield, C., & Lampe, C. (2007). The benefits of Facebook “friends:” Social capital and College Students’ Use of Online Social Network Sites. Journal of Computer‐Mediated Communication, 12(4), 1143-1168.

Ezziane, Z. (2007). Information Technology Literacy: Implications On Teaching And Learning. Journal of Educational Technologyand Society, 10(3), 175-191. (OUM Digital Library).

Gencer, S. L., & Koc, M. (2012) Internet Abuse Among Teenagers And Its Relations To Internet Usage Patterns And Demographics.Educational Technology & Society, 15 (2), 25–36. (OUM Digital Library).

Hanke, T.(2009). Information and Communication Technologies in Rural Society. Rural Sociology, Vol. 74, No. 2., pp. 293-296. (OUM Digital Library).

Iskandar Abd Rashid, Zaitun Ismail (2001), Membina Laman Web Pertama Menggunakan HTML: Langkah Demi Langkah, Kuala Lumpur, Venton Publishing.

Isman, A., & Dabaj, F. (2004). Attitudes Of Students Towards Internet. Turkish Online Journal Of Distance Education-Tojde, Volume: 5 (Number: 4), Issn 1302-6488.

Jones, K.E., & Hertlein, K.M.(2012). Four Key Dimensions For Distinguishing Internet Infidelity From Internet and Sex Addiction: Concept and Clinical Application. The American Journal of Family Therapy, 40, 115-125. (OUM Digital Library).

Jackson, M.M., & Songer, N.B.(2000).Student Motivation and Internet Technology: Are Students Empowered to Learn Science?.JOURNAL OF RESEARCH IN SCIENCE TEACHING, 37(5), PP. 459-479.

Kompf, M. (2005).Information And Communications Technology (ICT) And The Seduction Of Knowledge, Teaching, And Learning: What Lies Ahead For Education. Curriculum Inquiry, V35 (N2) P213-234 Sum 2005.

Keefer, A., & Baiget, T. (2001). How it all began: a brief history of the Internet. Vine, 31(3), 90-95.

Nikbakhsh, A.(2011). The Role Of Information and Communication Technologies (ICT) in Improving Agriculture. Nature and Science, 9 (8),10-13. (OUM Digital Library).

Paynter, J., & Lim, J.(2001). Drivers and Impediments To-E-Commerce In Malaysia. Malaysian Journal Of Library & Information Science, 6(2), 1-19.

Peou, C., & Lwin, M. (2011). Integrating The Internet Into Cambodian Higher Education: Exploring Students’ Internet Uses, Attitudes & Academik Utilisation. International Journal Of Emerging Technologies And Society, Vol 9 (No 2), Pp:95-115. (OUM Digital Library).

Sato, T. (2006). Internet Addiction Among Students: Prevalence And Psychological Problems In Japan. Japan Medical Association Journal, 49(7/8), 279.

Scanlon, P. M., & Neumann, D. R. (2002). Internet Plagiarism Among College Students. Journal Of College Student Development, 43(3), 374-385.

Suvarna, J.S., & Jange, G. (2012). Higher Education Through ICT In Rural Areas. Research Paper,Vol 1, (Issue X Pp1-4), Issn No 2231-5063. (OUM Digital Library)

Weinstein, A., & Lejoyeux, M. (2010). Internet Addiction Or Excessive Internet Use. The American Journal Of Drug And Alcohol Abuse, 36(5), 277-283. (OUM Digital Library).

Young, K. S. (1996). Psychology of computer use: XL. Addictive use of the Internet: a case that breaks the stereotype. Psychological reports, 79(3), 899-902.

Zoroja, J. (2011). Internet, E-Commerce And E-Government: Measuring The Gap Between European Developed And Post-Communist Countries. Interdisciplinary Description Of Complex System 9(2), 119-133. (OUM Digital Library).

 

Tulisan: Mazuin Mustapa