Tuesday 21 May 2013

PROFESSIONAL ETHICS

Tiga faktor yang membentuk etika individu. Melalui pengalaman anda, nilaikan faktor-faktor yang mempengaruhi etika individu dan bincangkan bagaimana kedaulatan undang-undang boleh digunakan sebagai panduan untuk membuat pilihan moral.

 

PENGENALAN

Webster's Collegiate Dictionary mentakrifkan "etika" sebagai "disiplin berurusan dengan apa yang baik dan buruk dan dengan kewajipan moral dan kewajipan. satu set prinsip-prinsip moral atau nilai atau teori atau sistem nilai-nilai moral" (Svensson, C. ,2006). Etika membantu individu dalam menentukan apabila sesuatu perbuatan moral atau tidak bermoral, betul atau salah. Manakala Cooper (2006) pula menyatakan bahawa Etika boleh digambarkan sebagai yang berdasarkan prinsip seperti kejujuran, keadilan dan orang awam. Faedah dan implikasi mereka bagi tingkah laku dalam situasi tertentu. Oleh itu, takrifan bagi etika ialah tingkah laku individu sama ada kejujuran, keadilan dan kewajipan yang boleh diterima akhlak sama ada ianya betul atau salah (Bavec, 2012).

Dalam Modul OUM (2011), ditakrifkan bahawa terdapat lima faktor yang membentuk etika individu iaitu;

· Pengaruh keluarga (Family Influence)

· Pengaruh Rakan (Peer Influence)

· Pengalaman Hidup (Life Experince)

· Nilai Peribadi dan Prinsip Moral (Personal values and Morals)

· Faktor Situasi (Situational Factors)

Faktor pembentukkan etika individu lebih kepada Pengaruh keluarga, pengaruh rakan dan pengalaman hidup (Leatherdale, 2006). Penerangan ini akan menjurus kepada mekanisme yang paling berkesan untuk menggalakkan kelakuan beretika yang sesuai (Maine, 2012). Terlalu banyak pengalaman boleh diambilkira terutamanya pengalaman mengajar di sekolah yang mana pelajar mengamalkan etika, moral dan dalam masa yang sama apabila etika dilanggar bersama dengan nilai moral yang diterapkan maka keperluan undang-undang diperlukan dalam menangani pemilihan moral dan etika tersebut.

PENGARUH KELUARGA

Sebagai seorang guru di sebuah sekolah, saya mengalami beberapa situasi pelanggaran etika yang mana ia dipengaruhi oleh keluarga sama ada ibu, bapa, abang, kakak, adik, sepupu, pakcik atau makcik dan saudara terdekat. Keluarga adalah yang paling dekat dengan seseorang pelajar dan ia banyak mempengaruhi tingkah laku dan etika yang diamalkan oleh seseorang pelajar dan kadangkala situasi tidak beretika berlaku di sekolah antaranya;

· Merokok

· Tidur semasa belajar

· Ketika berada di kantin

· Ketika bertutur bersama rakan dan guru atau orang yang lebih tua.

Keadaan tidak beretika ini menyebabkan pelajar ini didenda dan dikenakan amaran dan hukuman berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Penerangan saya kali ini akan menjurus kepada pengalaman saya berdasarkan situasi tidak beretika di kalangan pelajar disekolah, perbicaraan saya akan menjurus kepada aspek-aspek berikut;

· Merokok

· Menonton Televisyen

· Etika di Kantin

· Etika bersama orang Tua.

Pelajar seringkali mencontohi atau mengikut etika ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Jika apa yang berlaku dirumah atau ahli keluarga pelajar berkenaan adalah seorang yang beretika maka ia akan beretika dan begitu juga sebaliknya.

Merokok

Merokok adalah dilarang sama sekali disekolah sama ada pelajar mahupun guru. Sekolah telah diistiharkan sebagai kawasan larangan merokok. Tetapi ramai juga pelajar yang masih merokok di kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah, berhampiran tangki air, tandas dan belakang dewan. Beberapa pelajar telah didapati merokok di kawasan sekolah. Sebagai seorang guru dan Guru Disiplin, kes merokok bagi kali pertama adalah denda dan kali kedua barulah rotan sebanyak dua kali. Apabila ditanya kepada pelajar punca-punca kegiatan merokok ini berlaku, selalunya tidak ada respon menunjukkan bahawa keluarga yang menggalakkan malah keluarga juga melarang. Tetapi apabila ditanyakan tentang siapa yang merokok di rumah, barulah diketahui bahawa merokok ini berlaku atas sebab terikut tabiat yag berlaku dirumah seperti bapa dan abang pelajar yang merokok dan mereka secara sembunyi juga mengambil rokok tersebut tanpa kebenaran dan hanya melakukannya di luar rumah kerana takut dikesan oleh ahli keluarga yang lain.

Dalam satu kes disekolah, terdapat seorang pelajar yang boleh merokok sebanyak satu kotak sehari tanpa diketahui oleh ahli kelurganya sedangkan para guru boleh mengenalpasti pelajar yang merokok sama ada melalui nafasnya, bibir dan gusi pelajar berkenaan. Tetapi seolah-olah ahli kelurga tidak mengetahui tentang perkara ini mahupun sama ada berpura-pura tidak mengetahui kerana ingin menyembunyikan situasi dirumah yang mana bapa atau ahli kelurga lain merokok di hadapan pelajar tanpa mengetahui kesannya. Pengaruh dari rumah ini telah dibawa ke sekolah dan ia berpendapat bahawa merokok adalah tidak salah kerana ahli kelurganya pun merokok.

Menonton Televisyen

Menonton Televisyen adalah satu perkara yang tidak menyalahi undang-undang dan tidak juga menyalahi etika. Tetapi sebagai seorang pelajar, menonton televisyen sehingga larut malam dan tanpa pengawasan ialah boleh memudaratkan dan mewujudkan satu keadaan yang tidak beretika ketika berada di sekolah. Antara faktornya ialah kawalan ahli keluarga dan juga pengurusan masa di rumah. Tidak ada dalam sistem berkeluarga larangan tidak boleh menonton televisyen tetapi ia menjadi tidak beretika apabila guru yang mengajar di hadapan tidak diendahkan malahan pelajar tidur di dalam kelas dan enggan menyiapkan tugasan selain tidak menyiapkan tugasan yang diminta disiapkan dirumah (kerja rumah). Etika belajar itu telah tidak ada lagi kerana pelajar sebegini mengantuk semasa di dalam kelas kerana menonton televisyen lewat larut malam dan adakalanya sehingga ke pagi terutama apabila pada bulan-bulan ‘Euro Cup’ mahupun ‘World Cup’. Tidur di dalam kelas atau semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung adalah sesuatu yang tidak beretika apatah lagi apabila kerja rumah yang diminta disiapkan tidak disiapkan kerana asyik menonton televisyen. Sebagai seorang guru, pelajar sebegini akan diberi amaran mahupun didenda.

Etika di Kantin

Adab makan dirumah bersama keluarga adalah penting dalam membentuk etika makan dimana sahaja. Sekiranya ahli kelurga tidak mengamalkan adab makan maka beberapa perkara akan berlaku dan dianggap tidak beretika. Antara adab makan yang dipengaruhi oleh seseorang pelajar di rumah ialah bercakap sambil makan, tidak membersihkan sisa-sisa makanan, meletakkan sisa makanan dan sampah secara bersepah dan bungkusan makanan dibiarkan bersepah dan makan dan minum sambil berdiri. Apabila ini berlaku di rumah dan tidak ada siapa melakukan larangan dan kawalan, maka tabiat ini dilakukan disekolah dan kelihatan etika makan dikantin sekolah sewenang-wenangnya dilanggar oleh pelajar. Antaranya makan dan minum sambil berjalan, berebut-rebut ketika membeli makanan, mewah membeli tetapi tidak dihabiskan, meninggalkan sisa makanan di atas meja kantin, berbual sambil makan sehinggakan makan bersembur-sembur, membuang sampah merata-rata atau meninggalkan sisa makanan di bawah meja makan. Bagi pelajar yang dibentuk daripada rumah, didapati pelajar ini akan beratur, makan secara sopan dan tidak bercakap atau berjalan semasa makan. Pembentukkan peribadi sebegini dapat dilihat melalui contoh teladan daripada rumah.

Adab Bertutur Dengan Orang Lebih Tua

Ibu bapa perlu menekankan aspek penghormatan kepada orang yang lebih tua bagi anak-anak mereka, sekiranya ini tidak berlaku dan apabila anak-anak boleh menyampuk perbualan ibubapa atau orang lebih tua dan tidak ada kawalan dilakukan atau tegahan oleh ibubapa, maka tidak hairanlah sekiranya pengaruh itu dibawa ke sekolah dan diamalkan tanpa disedari. Ada pelajar secara semulajadinya menyampuk atau bermain bersama rakan semasa guru sedang mengjara dihadapan kerana ia tidak melihat bahawa tindakan sedemikian adalah salah kerana amalan yang sering diamalkan dirumah. Adab masuk kerumah dan memberi salam juga seringkali diabaikan. Oleh kerana itu ada beberapa pelajar yang masuk ke kelas walaupun lambat tetapi masuk tanpa etika iaitu, masuk tanpa meminta izin, tidak memberikan salam dan seperti tidak menghormati guru yang sedang mengajar dihadapan.

PENGARUH RAKAN

Pengaruh rakan terutamanya rakan sebaya adalah faktor yang seringkali mendominan seseorang. Individu itu akan rasa kesunyian apabila tidak mempunyai rakan dan ia akan cuba mencari rakan. Melalui inilah sama ada ia akan terikut-ikut rakan-rakan yang beretika mahupun tidak beretika. Antara beberapa contoh perlakuan tidak beretika yang disebabkan oleh rakan ialah;

· Ponteng Sekolah

· Bermain semasa belajar

· Menipu

· Menyahut cabaran

Pengaruh rakan inilah yang banyak menjerumuskan pelajar disekolah agar melakukan perkara tidak beretika. Malah ada yang sanggup berbohong dengan ibu bapa semata-mata inginkan rakan yang ramai yang sama-sama melakukan perkara tidak beretika.

Ponteng Sekolah

Ponteng sekolah adalah perilaku tidak beretika yang seringkali dilakukan oleh pelajar disekolah tempat saya mengajar. Antara sebab ponteng ini adalah kerana pengaruh rakan sekolah yang turut sama ponteng dan tidak hadir ke sekolah. Apabila sekolah menghubungi ibu bapa pelajar memaklumkan anak mereka tidak bersekolah, ibu bapa pelajar menyatakan bahawa anaknya telah pergi ke sekolah. Tetapi atas desakan dan pengaruh rakan-rakan sekolahnya ia tidak sampai di sekolah. Pelajar dan rakannya akan berada di kafe siber, dipekan berhampiran, dibelakang dewan masyarakat, dan beberapa tempat yang seringkali dikunjungi oleh pelajar bersama-sama rakan sekolahnya.

Bermain

Bermain adalah satu aktiviti yang dibenarkan dan tidak ada pelanggaran etika sekiranya digunakan secara betul. Mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah, bermain adalah proses pembelajaran yang baik, tetapi apabila menerima pengaruh rakan, seringkali bermain ini menjurus kepada perkara tidak beretika. Antaranya yang seringkali berlaku disekolah ialah mengotorkan baju rakan lain, bermain secara kasar sehingga mengakibatkan pergaduhan, bermain baling-baling sehingga menyebabkan kecederaan, bermain mercun, bermain kejar-mengejar di dalam kelas sehingga menimbulkan suasana bising dan bermain perkara yang tidak berfaedah. Setiap permainan ada peraturannya, tetapi permainan tanpa peraturan adalah tidak beretika dan boleh mengundang kecelakaan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang bermain-main berlari-lari dikelas kerana main kejar-kejar (polis sentry) oleh kerana tidak ada guru kerana dalam masa senggang, pelajar berlari merentasi meja dengan cara melompat antara satu meja ke meja yang lain, dan tiba-tiba meja tersebut tergelincir dan menyebabkannya jatuh serta luka dikepala kerana terhantuk pada bucu kerusi yang tajam. Kecederaan berlaku dan ia telah menyebabkan guru menjadi cemas dan serba salah kerana kecederaan berlaku semasa dalam perjalanan guru tersebut ke kelas. Kecederaan tidak boleh dielak kerana tiada tanda amaran boleh dilakukan hanya kerana pengaruh rakan.

Menipu

Ramai pelajar sanggup menipu guru, ibu bapa dan ahli kelurga lain kerana rakan atau kawan baiknya. Semata-mata mahu menyelamatkan atau mengelakkan rakannya didenda. Ramai pelajar menipu semata-mata takut hilang kawan karib walaupun perbuatan tersebut adalah salah. Sebagai contoh ialah membawa telefon kesekolah, pelajar tersebut mengetahui rakannya membawa telefon bimbit tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan gurunya walaupun ia adalah seorang pengawas sekolah atau ketua kelas. Kerana takut dipulaukan, ia membiarkan sahaja dan ada pula pengawas sekolah menjadi pelindung kepada rakannya dengan tidak memeriksa beg rakannya dengan jujur atau menyimpan telefon rakannya sebagai langkah keselamatan sekiranya ada pemeriksaan. Terdapat beberapa kes pengawas sekolah terpaksa dipecat semata-mata kerana menyembunyikan telefon bimbit rakannya demi menyelamatkan rakannya daripada didenda oleh guru, guru disiplin, pentadbir dan sekolah.

Menyahut Cabaran

Menyahut cabaran rakan sebaya dan kawan baik adalah pengaruh daripada rakan yang mengundang beberapa permasalahan di sekolah dan mewujudkan situasi tidak beretika seseorang pelajar. Antara contohnya ialah merokok, mencuri, mencederakan pelajar lain, bergaduh, mengambil dadah dan sebagainya. Ada pelajar yang sanggup melakukan apa saja semata-mata ia telah dicabar oleh rakannya untuk melakukan sesuatu yang melanggar tatalaku seorabng pelajar terutamanya di sekolah. Kes yang paling banyak dilakukan atas sebab di cabar ialah ponteng sekolah, Merokok atau menghisap gam, mencederakan atau bergaduh dengan pelajar lain dan mencuri. Sebagai menunjukkan ‘kejantanan’ atau semangat setiakwan, seseorang pelajar sanggup melakukan apa sahaja demi rakan.

PENGALAMAN HIDUP

Pengalaman hidup ialah apa yang dilakukan oleh seseorang dan tidak ada respon pada peringkat awal. Apabila ia melakukannya secara berulang kali dan tanpa teguran, amaran atau sebagainya ia merasakan ia adalah sudah menjadi kebiasaan dan ia melakukannya dimana sahaja ia berada. Ada beberapa contoh bagaimana pengalaman hidup ini menunjukkan kehidupan tidak beretika, iaitu:

· Meludah

· Membuang Sampah

· Mencuri dan

· Bahan Lucah

Apabila tidak ada larangan dilakukan ia akan melakukannya berulang kali dan seterusnya ia akan menjadi satu tabiat.

Meludah

Tidak ada larangan meludah dan seringkali tidak ada siapa yang nampak. Ia tidaklah menjadi satu kesalahan tetapi ia tidak beretika apabila meludah dihadapan orang lain terutamanya di restoran, kedai kopi mahupun dijalan-jalan biasa. Cuma orang akan rasa jijik dengan sikap sedemikian.

Membuang Sampah

Membuang sampah ditempat yang ditetapkan adalah satu sikap yang baik, tetapi membuang merata-rata dan sesuka hati sahaja merupakan satu perbuatan tidak beretika dalam konteks sosial. Apabila ia selalu dibuat dan tidak ada kesan apa-apa yang dikenakan kepada seseorang pembuang sampai ia akan mengulanginya dan ini menyebabkan persekitaran kotor, malah ada yang mencampakkan sampah daripada kereta sehinggakan kenderaan dibelakang kotor dan terkena sampah berkenaan. Oleh kerana dalam keadaan pantas, perbuatan tersebut jarang dapat dirakamkan sebagai bukti kesalahan dan ini menyebabkan orang sebegini terlepas dan akan sentiasa melakukannya lagi pada masa-masa akan dating.

Mencuri

Seperti membuang sampah sekiranya ia tidak ditangkap ia akan merasakan ianya akan sentiasa selamat. Secara jelas mencuri bukanlah perbuatan beretika dan ia merupakan satu kesalahan sekiranya didapati. Disekolah apa yang berlaku ialah kecuriaan alat tulis pelajar lain yang diambil oleh pelajar juga selain mencuri duit persekolahan pelajar lain. Seringkali sekolah mendapat aduan tentang duit pelajar dicuri, alat tulis pelajar dicuri dan sebagainya. Seringkali kecurian berlaku semasa rehat, semasa bertukar kelas, semasa bersukan dan sebagainya. Oleh kerana tidak diketahui, ianya sukar dikesan kerana pelajar lain juga membawa wang belanja dan alattulis. Dan akhirnya ia akna berleluasa dan berpanjangan sehinggalah ada pelajar yang nampak dan ia tertangkap.

Melihat / Menonton bahan lucah.

Seumur 10 tahun, ada pelajar yang sudah melihat bahan lucah di internet, majalah, CD, Video dan sebagainya. Bahan lucah tersebut dicetak, disalin dan diberikan kepada rakan-rakan lain. Pengesanan tidak dapat dilakukan terutama pelajar yang menggunakan atau mendapatkan bahan daripada internet. Tetapi apabila didapati ia seringkali dalam buku teks yang duilipat rapi, telefon bimbit yang dirampas dan sebagainya. Perbuatan sebegini adalah tidak beretika, tetapi seperti perkara lain, pengalaman hidup yang tidak tertangkap menjadikan pelajar sanggup melakukan apa sahaja kerana ia masih rasa selamat.

UNDANG-UNDANG, MORAL DAN ETIKA

Sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar, undang-undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini. Masyarakat tidak boleh bergantung kepada keputusan umum sebagai etika sahaja dan dijadikan dilemma. Oleh itu Satu set peraturan dibentuk secara menyeluruh mengenai tingkahlaku masyarakat bagi mewujudkan kesan yang baik kepada masyarakat dan ia dipanggil undang-undang (Genfa, 2008). Terdapat lima ciri-ciri undang-undang iaitu;

Merokok di sekolah

Merokok disekolah adalah dilarang dari segi etika dan moral kerana ia menyebabkan pengarush yang tidak sihat kepada pelajar-pelajar tetapi ramai juga guru-guru, ibubapa beranggapan bahawa merokok masih tidak salah. Aspek moral pula melihat ia sebagai tidak bermoral dan mengundang kurang selesa kepada pelajar yang terpengaruh dan ingin mencuba. Sekiranya ini berlanjutan maka batasan unang-undang boleh dilaksanakan speerti Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Iaitu seseorang yang didapati merokok di tempat awam boleh didenda dan dihukum berdasarkan seksyen berkenaan.

Membuang sampah merata-rata

Membuang sampah juga bukanlah satu kesalahan tetapi lebih kepada masalah moral dan etika. Membuang sampah atau membiarkan sampah adalah sikap tidak bermoral seperti mencampakkannya dari kenderaan atau membiarkan sampah di pondok rehat atau membiarkan sampah di atas meja makan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan begitu juga disekolah. Tetapi apabila ia dibiarkan berleluasa maka kawasan berkenaan akan kotor dan menjijikkan. Sebagai pilihan moral bagi mengatasi permasalah sebegini maka Seksyen 47 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) boleh digunakan oleh Kerajaan Tempatan, dewan Bandaraya dengan memberikan denda kepada pembuang sampah yang tidak beretika.

Memiliki bahan lucah

Telefon bimbit, komputer, dan ipad adalah hak milik peribadi dan bukanlah kegunaan bersama, oleh itu tidak ada sesiapa jua yang tahu kandungan telefon bimbit, komputer bimbit dan ipad. Menceritakan dan menunjukkan bahan lucah juga hanya pada kesalahan moral sebagai tidak bermoral,, moral yang rendah dan tidak beretika dalam kehidupan social. Tetapi sekiranya ia tidak dibendung ia membawa kepada implikasi agama dan gangguan seksual serta gangguan sosial. Oleh itu sebagai pilihan moralnya Seksyen 922 Kanun Keseksaan (menyimpan video lucah) dan Seksyen 5 (1) ( a ) Akta Penapisan Filem 2002 (memiliki video lucah) bagi mengatasi permasalaha tersebut. Konteks undang-undang sudah jelas, ia adalh sebagai jalan terakhir apabila perbuatan tidak bermoral dilakukan secara berterusan dan undang-undang adalah jalan sebagai hukuman dan dendaan yang tidak ada pada prinsip moral dan etika.

Mencuri

Tidak ada di Malaysia yang menggalakkan kegiatan mencuri malah ia adalah satu kesalahan moral, etika dan undang-undang yang serius. Kesalahan mencuri mengundang tidak selesa pada masyarakat kerana haknya diolucutkan oleh orang lain kerana perbuatan mencuri. Bagi pelajar, walaupun kesalahan mencuri pensil itu tidak serius tetapi ia adalah tidak bermoral dan beretika. Apabila ia telah mencapai tahap melebihi umur juvana, maka akta 574 seksyen 378 Kesalahan Mencuri dan seksyen 379 Seksaan bagi Kesalahan Mencuri boleh digunakan sebagai membendung aktiviti mencuri.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya,"etika" sebagai "disiplin berurusan dengan apa yang baik dan buruk dan dengan kewajipan moral dan kewajipan. Ia menentukan apabila sesuatu perbuatan moral atau tidak bermoral, betul atau salah. Melalui kehidupan beretika seseorang itu boleh melakukan perbuatan yang baik tetapi dalam masa yang sama sekiranya ia tidak beretika banyak perlara tidak bermoral dilakukan. Terdapat lima faktor yang mempengaruhi etika peribadi bermula dengan pengaruh keluarga (Family Influence), pengaruh rakan (Peer Influence), pengalaman hidup (Life Experince), nilai peribadi dan prinsip oral (Personal values and Morals) dan faktor situasi (Situational Factors).

Perbincangan etika ini diulas lebih lanjut dalam tiga faktor di atas iaitu pengaruh keluarga (Family Influence), pengaruh rakan (Peer Influence), pengalaman hidup (Life Experince). Pengalaman sebagai guru disekolah dapat melihat bahawa pengaruh keluarga terhadap aktiviti merokok, tidur semasa belajar, ketika berada di kantin dan ketika bertutur bersama rakan dan guru atau orang yang lebih tua adalah amat ketara sekali manakala rakan pula mempengaruhi pelajar dalam aspek ponteng sekolah, bermain semasa belajar, menipu atau berbohong kepada guru, keluarga dan ahli masyarakat serta menyahut cabaran yang mengundang bahaya kepada individu berkenaan. Pengalaman hidup pelajar seperti meludah, membuang sampah, mencuri dan memiliki bahan lucah adalah sesuatu perbuatan yang tidak beretika dan boleh mengundang kepada aspek pematuhan undang-undang.

Undang-undang yang dilaksanakan oleh ahli masyarakat itu mestilah konsisten, menyeluruh, telah diwartakan, boleh diterima oleh seluruh ahli masyarakat dan dikuatkuasakan setelah diwartakan. Peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang adalah sebagai membendung dan melakukan halangan daripada perbuatan tidak bermoral dan tidak beretika daripada terus berpanjangan dan kekal dilaksanakan. Undang-undang ini menjadikan seseorang akan lebih beretika dan bermoral apabila dikenakan hukuman dan tindakan undang-undang. Tindakan undang-undang kepada perokok, membuang sampah, mencuri dan memiliki bahan lucah pada asasnya bukanlah satu jenayah berat dan lebih kepada nilai etika sahaja tetapi apabila ia berpanjangan dan melakukan sesuatu yang kerap serta tidak boleh lagi diterima oleh masyarakat maka undang-undang memainkan peranan penting bagi memastikan keharmonian masyarakat dapat dipertahankan. Sekiranya merokok, membuang sampah dan memiliki bahan lucah boleh diterima oleh masyarakat sebagai amalan dan kebiasaan dan sudah ada mekanisma penerimaan seperti pekerja memungut sampah, maka merokok, membuang sampah dan memiliki bahan lucah boleh diterima sebagai bukan tindakan undang-undang tetapi lebih kepada tidak beretika dan tidak bermoral sahaja tetapi oleh kerana ia diterima sebagai norma, perjalanan hidup masyarakat boleh diteruskan.

 

Rujukan

Bavec, C. (2012). Social Responsibility and Professional Ethics in Management: Some Empirical Evidences at Country Levels. Managing Global Transitions, 10(4 (Winter)), 361-377.

Genfa, C. (2008). Features of Postmodern Law. Global Law Review, 5, 006.

Leatherdale, S. T., Cameron, R., Brown, K. S., Jolin, M. A., & Kroeker, C. (2006). The influence of friends, family, and older peers on smoking among elementary school students: Low-risk students in high-risk schools. Preventive medicine, 42(3), 218-222.

Malaysia. Open University Malaysia, Faculty Of Business and Management. (2011) Profesional Ethics, (2nd ed.) Selangor: Open University Malaysia.

Meine, M. F., & Dunn, T. P. (2012) On Advancing Professional Ethics to the Next Level: Interdisciplinary vs. Intra-Disciplinary Approaches.

Svensson, C. (2006). Encyclopedia of Management, edited by Marilyn M. Helms. JOURNAL OF BUSINESS AND FINANCE LIBRARIANSHIP, 12(2), 76.

TreviƱo, L. K., Weaver, G. R., & Reynolds, S. J. (2006). Behavioral ethics in organizations: A review. Journal of Management, 32(6), 951-990.

 

Tulisan: Mazuin Mustapa

No comments:

Post a Comment